Sunday 28 June 2009

Pesanan Utk Wanita

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA (oleh ulama muktabar)
1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu padahari ini."
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan...
Pesanan Imam Al-Ghazali Tentang wanita...
Jangan engkau kahwini wanita yang:
1. Ananah - banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
2. Mananah - suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu"
3. Hananah - menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Jangan engkau kahwini yang:
1. Hadaqah - melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
2. Baraqah - ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
3. Syadaqah - banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...