Thursday 31 March 2011

Ku Menunggu


Perut tengah lapar. Mata mengantok. Kerja ade lagi yang perlu disettlekan sebelum jam5.00 petang. Tibe-tibe terdengar lagu Rossa dari PC Shidah. Syok jugak lagu ni. Lagipun Gee pernah dengar Rossa nyanyi lagu ni mase perform Mentor last week. Enjoy la tengok Rossa nyanyi.

Aku pun google la lirik lagu Rossa tu. Syok. Tapi tak sesuai untuk aku. Just for fun. Lagu ni sesuai untuk salah seorang kawan aku, Mr. Che Wan. Sebab dye minat kat sorang pompuan tu. Tapi sayang seribu kali sayang, pompuan tu dah berpunye. So layan je la lirik lagu ni ye Mr. Che Wan☺


Rossa ~ Ku Menunggu



Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku ‘kan selalu disini untuk menunggumu

Cinta itu
Ku berharap kau kelak ‘kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku


[*]
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu


[**]
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Datang padaku
Ku tahu kelak kau ‘kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku ‘kan selalu setia ‘tuk menunggumu

Ulang [*][**] 2x
Ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu

Wednesday 30 March 2011

Jackie Chan Meninggal Dunia


Semalam kat Facebook kecoh diorang cakap Jackie Chan dah meninggal dunia akibat sakit jantung. Gee pulak antara percaya dengan tak la kan. Macam masa Michael Jackson meninggal dunia, Gee tak percaya. Kot la sekadar gurauan je. Alih-alih betul.


Kalau betul-betul Jackie Chan tu meninggal, tak kan lah tak der dalam berita, radio, surat khabar kan. Mentang-mentang zaman dah canggih, sume kat FB or Twitter je. Pe la korang ni. Nak cakap buat April Fool, terlalu awal. Ada 2 hari lagi. Sabar ye. Kesian kat Jackie Chan dan peminat-peminatnya.


Pe kata korang layan berita kat bawah ni. Sumbernye adalah MSTAR online



NEW DELHI: Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.


Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz. Susulan artikel berjudul 'Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.


Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi: "Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi.


Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula." Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.




Nak Kerja


Status Gee sekarang masih mencari keje. Korang ada tahu tak mana-mana company yang nak pakai orang. Kalau tahu, share la dengan Gee ye.


Kalau boleh yang di sekitar Terengganu or Pahang je. Tak kisah la jawatan ape. Janji masyuk dan related dengan kelulusan Gee, Akaun. Jangan pulak korang bagi jawatan engineer ke, manager ke. Nanti hancus pulak company tu.


Gee sedia berkhidmat bila-bila masa je dari sekarang. Kontrak Gee dengan company sekarang sampai April 2011. So sekarang dah boleh start mencari. Yang best nye boleh bagi notis 24 hours.


Korang, tolong ye..

Tuesday 29 March 2011

Banjir 29.03.2011


Gambar-gambar di atas adalah kesan hujan tanpa henti dari petang semalam. Kesan yang tak der dalam gambar ialah Gee masuk keje pukul 2petang

Teruk kan banjir kali ni. Gambar-gambar ni Gee ambik kat area tepi umah dan belakang umah. Nape tak depan? Sebab depan Umah Gee tak banjir. So tak der pe la yang nak kongsi.

Pukul 2.30 pagi mak dah tutup semua plug sebabnye kilat bin guruh time tu. Dengan erti kata lain hujan memang lebat.

Pukul 4.30 pagi, Kak Long kol cakap air banjir dah masuk dapur umah Kak Ta. Kawasan umah Kak Ta memang tak pernah banjir. Rumah Murah Taman Wan Adnan Kerteh.

Pukul 5.30 pagi, mak kejutkan cakap air dah nak sampai depan umah. Klau dah sampai tahap nak sampai depan umah, kire teruk la.

Pukul 7 pagi, air dalam bilik air dah surut. Baru bilik air. Kat belakang umah tu masih banyak. Lepas soalat subuh, shoot beberapa gambar banjir then upload kat fb.

Pukul 8 pagi Mekda kol tanye pasal banjir. Dye cerita air dah masuk balai polis, dalam kelas dye masuk air. Pendek kate banyak tempat la dimasuki air. Tempat yang tak diduga.

Pukul 8.30 pagi, Shida sms cakap dye tersekat kat banjir lagi. Jalan dari Kemasek ke Paka ditutup. Laluan alternatif dibuke. Kena ikut jalan MCD. Its mean atas Bandar Baru Kerteh.

Pukul 9 pagi, tengok Nik Mohd Fadhil upload pic kedai dye yang jadi salah seorang mangsa banjir. Menurut Nik, banyak barang rosak.

Pukul 1 Petang, pergi keje. Ikut jalan alternatif. Pengkalan Ranggon-Kerteh 5-Paka. Jauh jangan nak cerite la. Bese gi keje 15 minit je. Tapi hari ni setengah jam. Tu pun dah kire paling cepat.

Pukul 6.30 petang, kol Beri (wartawan) tanye pasal banjir. Dye cakap jalan airport tak leh lalu lagi. Nak tak nak kena lalu jalan Kerteh 5. Pukul 8 malam baru sampai umah.

Banjir...oh...Banjir...

Monday 28 March 2011

TV Online

Malam ni hujan lebat. Dari petang tadi lagi. Dah macam musim tengkujuh. Dah keadaan macam ni, Astro macam bese la. Tutup kedai. Dah la malam ni crte best, Trilogi Cinta. Agak frust jugak sebenarnya sebab tak leh nak tengok cerite ni.

Aku pun tanye Mr. Doloh macamane nak tengok tv online? Dye cakap, "awak google je tengok tv online". Aku malas nak ganggu dye tengah buat keje. So dengan semangat nak tengok cerite ni, aku pun google la. Klik punye klik, finally aku jumpe la tempat yang aku boleh tengok tv secara online.

Klau korang nak tahu macamane nak tengok tv secara online, korang boleh tengok kat TV MALAYSIA

Sunday 27 March 2011

Tips Lupakan Si Dia



Cinta tak seindah yang kita impi kan. Setiap pasangan yang bercinta inginkan kebahagiaan yang berpanjangan. Itu dah menjadi lumrah kehidupan. Tiada seorang pun yang inginkan perpisahan, kesedihan.

Malam ni Gee nak share Tips untuk lupakan si dia. Tips ni Gee refer kan web Tentang Cinta. Tips ni ditujukan khas untuk sahabat merangkap kawan baik Mr. Doloh dengan pesanan kumbang bunga bukan sekuntum. Carilah insan yang betul2 cintakan kita. Bukan senang untuk dapatkan calon teman sehidup semati yang memahami. Anggaplah ape yang dah terjadi dugaan untuk dapatkan Miss. Right. We always with u my fren, Mr. S.



Terima Hakikat
First kita perlu terima hakikat yang si dia bukan lagi kekasih kita. Thinking +ve. belajar untuk terima kenyataan yang setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan setiap perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan. Dengan erti kata lain, jika kita tak berpisah dengan si dia, kita tak akan cari penganti. Lepas berpisah dengan si dia, Insyallah yang lebih baik menanti.

Melarikan diri
Melarikan diri di sini bukan bermaksud lari keliling kampung. Melarikan diri di sini bermaksud cuba ke tempat yang lebih tenang dan rehatkan minda. Ke tempat yang kita boleh lupakan si dia. Minuman Amaran keras jangan pulak kita ke tempat selalu date dengan si dia. Tu dah cari masalah. Silap-silap boleh bunuh diri.

Luahkan perasaan
Luahkan je perasaan tu kat kawan karib. mungkin kawan tu tak leh tolong, tapi sekurang-kurangnye kawan tu dapt kurangkan tekanan. Tak caye? Cube try tengok.

Anda pula dengar luahan mereka
Yang ni macam best skit. Sebab dengan cara ni, kita akan tahu bahawasanya ada lagi orang yang lagi teruk dari kita. So hargailah diri sendiri ye.

Ingat dekat orang lain
Buat pe kita duk ingat lagi ke si dia yang tak menghargai cinta yang kita berikan, tak setia, tak jujur. Segala macam tak la. Pe kate kita ingat kat orang yang hargai kasih sayang kita ni. Contohnya family, Kawan-kawan, Jiran tetangga..

Buang jer hadiah tu
Setakat Jam Fossil, Kemeja Paul Smith, kita pun boleh beli sendiri la. Pulangkan je semua hadiah yang si dia bagi. Klau dah tak nak pulangkan, buang je. Tapi membazir pulak kan. Baik korang derma kan kat Gee je.

Berdoa & Bertawakal
Jalan penyelesaian yang terbaik adalah berdoa dan bertawakanl. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

Thank You Myspace Comments

Thursday 24 March 2011

Pujian


♥ Situasi pertama ♥

Lokasi : Pantry Msetec Paka
Pelakon : Kak J (bukan nama pelawok sebenar), Me

Kak J - Nampak Gee lain je sekarang. Kurus sikit dari dulu. Pe rahsia nye ye
Me - tak der rahsia. Cume kurangkan makan nasi lemak ayam Kak Yah je

Semalam aku timbang. Memang berat badan aku dah menurun 4kg




♥ Situasi Kedua ♥
Lokasi : Bilik HOD
Pelakon : HOD, Me

Me : Bos, nok sign Cheque
HOD tengok je
Me : Nape bos tengok macam tu
HOD : Awak nampak lain hari ni. Cantik..
Me : waaaaa

Mungkin sebab aku pakai tudung yang agak bergaye skit kot.

Wednesday 23 March 2011

Tutorial Html Kod Untuk Pelbagai Symbol



Malam ni nak share skit tentang html kod untuk pelbagai jenis symbol. Bende ni senang je sebenarnye. Klau korang xcaye, cube korang try buat..


First, make sure NumLock korang aktif. Untuk Aktifkan NumLock kat lappy laptop korang, just tekan Fn+NumLk (button tu kat F11). Dah?

Next, korang tekan button Alt berserta dengan nombor2 kat bawah ni.

1 – ☺
2 – ☻
3 – ♥
4 – ♦
5 – ♣
6 – ♠
7 – •
8 – ◘
9 – ○
10 – ◙
11 – ♂
12 – ♀
13 – ♪
14 – ♫
15 – ☼
16 – ►
17 – ◄
18 – ↕
19 – ‼
20 – ¶


Senang je kan?I ♥ U all..

Nyte u all. Time for sleep

Handphone



Dulu nak dapatkan handphone bukan main susah kan. Macam-macam aku alasan untuk dapatkan handphone mase. Duk asmara asrama, conpom la tak dapat handphone. Buat alasan duk umah sewa, tak dapat jugak.

Ayah aku cume akan belikan handphone klau dapat sambung belajar kat IPT. Susah kan.

Tapi sekarang, baru sekolah rendah mak ayah dah belikan handphone. Dengan alasan, senang klau anak2 balik lewat. Senang nak jemput anak2 balik dari sekolah. Anak2 pulak, dapat handphone duk main sms dengan kawan2. Mula2 tanye keje sekolah, pastu......???

Lain kan kehidupan dulu dan sekarang. Kemajuan la katakan.

Monday 21 March 2011

Menabung

Aaauuuummmmmmmm





Menabung dengan lebih bijak. Sejak 2 menjak ni Gee suke menabung. Bukan duit kertas. Tapi duit syiling. Duit kertas gi sedekah kat kantin Kak Yah, tak pun Kedai Mok Su Zemah.

Doakan la ye smge tabung ni akan penuh suatu hari nanti ye.

Dan utk yg teristimewa. cepat penuh kan tabung kamu. Sebab kamu jgk pnh berkate2, dah penuh tabung sye, baru sye nak kawen.

Sunday 20 March 2011

Miera Liyana di Malam Gala ABP Rafflesia


No Komen..Budak2 bawah umur dan orang dewasa yang tak boleh pikir secara waras jangan tengok. Bahaya. 25sx



PETIKAN DARI MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.

Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.

Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.

“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.

Saturday 19 March 2011

Irma Hasmie Bertudung




Malam ni tibe2 rajin nk intai umah beautifulnara. Waaaa...Terkejut Gee dibuatnye. Irma Hasmie dah bertudung litup. Makin cun. So pe kate Nabil. "Lu pikir la sendiri"...Tahniah kepada Irma.

Dengar cerite, selepas Irma balik dari Umrah baru-baru ni, Irma mengambil keputusan untuk bertudung litup. Korang tengok sendri la gambar2 kat atas tu, cun binti cute kan.

"Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

"Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

"Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini," jelas Irma.




PETIKAN DARI MSTAR ONLINE~

KUALA LUMPUR: Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup.

Bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.


“Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.


“Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang,” katanya dalam satu temubual.


Seminggu selepas pulang dari umrah, terus Irma menerima tawaran berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Kebetulan karakter dalam telefilem itu merupakan seorang wanita bertudung.


Selain itu, dia turut menerima tawaran beberapa drama lain termasuk untuk TV9 dan drama Kelab Wau.


Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.


“Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.


“Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.


“Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita,” ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.


Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran tersebut sebelum ini atas sebab masih terlalu awal dan belum bersedia.

Wednesday 16 March 2011

L'élan Vital Hydralush Lipstick


Cube teka gambar ape kah itu..hahaha.. Dah terang lagi mau suluh ka? Lipstik ni Gee beli Photobucket
.
Gee beli lipstik ni time offer. RM21.50. Klau tak offer, RM28 kot.Photobucket

Gee beli lipstik ni lepas bibir Gee kene alahan pakai lipstik lame. Klau tak kene, memang xdr nye Gee nak beli lipstik baru, tak rajin la nak bsolek2 ni.

Dulu cukup sekadar toner, pelembap, bedak, lipbalm. Sejak beli lipstik ni dah pndai pakai blusher. Hahahaaaaa


Lipstik ni adr 5 jenis warna. Korang leh google sendiri kat cosway. Gee pun tak pandai sangat bab2 lipstik ni. Maklum je la baru menceburi bidang ni.

Tuesday 15 March 2011

Supplement





Kotak Vitamin


Jenis Vitamin


Kandungan untuk setiap kapsul


Arahan pemakanan


Salam you all. Malam ni Gee nk share skit tentang vitamin yang diberikan oleh My Hero. Katanya untuk meningkatkan daya ketahanan badan. Ni kes Gee selalu mengadu penat kat My Hero.

Paling dasyhat, tengah on phone dgn My Hero, boleh tertido. Pernah My Hero miscall Gee smpai berbelas kali time Gee tido. Gee memang tak sedar pe dah time tu. Kecian My Hero kan. Hehehe..

So nasihat My Hero makan lah vitamin ni. Insyallah akan jadi lebih sihat lepas ni..

Gee makan vitamin ni lepas makan pagi. Lebih kurang jam 9 pagi. Sekali sehari je.

1st Day makan vitamin ni, mengantuk. Badan jadi agak lemah. 2nd day better than 1st day.. I Like.. So kepada siape2 yang nak try makan vitamin ni, boleh mencuba2 nye..

Credit to My hero:)
Thank You Myspace Comments

Monday 14 March 2011

Hantaran dari Pihak Perempuan

Photobucket

(1) Kek Secret Recipe


Photobucket

(2) Buah-Buahan


Photobucket

(3) Cookies


Photobucket

(4) Sejadah


Photobucket

(5) Baju Melayu & Kain Songket


Photobucket

(6) Kain Pelikat


Photobucket

(7) Sireh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...