Tuesday 3 January 2012

Solat Istikharah

 

Pengertian
Sejenis solat sunat yang dipraktikkan oleh sebahagian besar masyarakat Muslim

Tujuan
Untuk meminta petunjuk yang baik dari Allah. Orang Muslim biasanya yang berada dalam keadaan dilema untuk menentukan pilihan yang sebenar dan tepat, ataupun apabila seseorang muslim itu dalam keadaan ragu-ragu, samada perkara yang dihajatinya atau yang diputusknanya itu akan membawa kepada kebaikan, atau keburukan jika ia memilihnya.

Perkara yang Boleh Beristikharah.
Perkara2 yang boleh dilakukan istikharah ialah setiap sesuatu yang tidak diketahui baik- buruknya. Adapun perkara yang diketahui baik- buruknya, maka tidak perlu dilakukan istikharah.

Waktu yang terbaik
Pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
Ada ulamak menggalakkan Istikharah diulangi hingga tujuh kali berdasarkan hadis riwayat Imam Ibnu Sunni dari Anas r.a.; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Jika kamu ingin melakukan suatu urusan, beristikharahlah kepada Tuhanmu tujuh kali. Kemudian lihatlah apa yang mula sampai kepada hati kamu. Sesungguhnya kebaikan ada padanya”. Namun hadis ini menurut ulamak hadis adalah lemah.

Cara mengerjakan Solat Sunat Istikharah

Rakaat Pertama 

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah

2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Membaca surah al-Fatihah
2) Membaca Surah al-Qur’an
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Sujud
6) Duduk antara dua sujud

7) Sujud kali kedua
boleh dipanjangkan waktu sujud di akhir solat bagi meminta dalam hati kepada Allah tanpa perlu berkata-kata zahir tentang perkara yang dihajati

8) Duduk untuk tahiyyat akhir
9) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

10) Membaca doa Istikharah
11) Tertib

Tanda2 atau petunjuk: 
AnNawawi menyebut petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnyanya. Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.
Sumber:
http://halaqah.net/
http://ohislam.com/
http://ms.wikipedia.org
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...