Sunday, 26 September 2010

Meat Dress

meat dress Pictures, Images and Photos

Piwweeeeettt....
Memang unik la dress ni. Orang yang pakai pun memang sedia unik. Siapa lagi kalau bukan Lady Gaga. Penyanyi serta penghibur paling kontroversi di abad ini mengenakan pakaian "meat dress"nya yang direka khas oleh pereka fesyen, Franc Fernandez semasa Acara MTV Video Music Award 2010 yang diadakan secara langsung di Nokia Theater, Los Angeles pada 13 September 2010.

Pakaian ini telah mendatangkan kemarahan di kalangan kelompok pembela serta pencinta haiwan, PETA atau People for the Ethical Treatment of Animals.

Tak sia-sia dia pakai baju daging ni sebab dia dapat banyak anugerah pada majlis tersebut antaranya:

■Best Video of The Year bagi lagu Bad Romance
■Best Video of Female Artist untuk lagu Bad Romance
■Best Pop Video of Bad Romance


Menurut BuzzFeed, 8 Fakta tentang Baju Daging Lady Gaga adalah:

1.Baju daging tersebut dibuat 100% dari daging lembu
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asl

2.Bau baju tersebut segar dan Lady Gaga cakap ” sweet smell “
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.

3.Berat baju tersebut adalah 50lbs lebih kurang 22.67kg
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100% daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm...Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4.Daging yang digunakan adalah murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo

5.Baju daging cukup selesa
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu.

6.Daging 100% asli. Tanpa tambahan apa-apa
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau


7.Daging tersebut tidak mengalirkan darah

Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.

8. Dress tu akan di jadikan daging salai / kering
daging tu akan mengering bukannye reput .. so dia akan jadi daging kering/ salai bukan daging busuk ok~“

Nama sebenar Lady Gaga ialah Stefani Joanne Angelina Germanotta. Lady Gaga dilahirkan pada 28 Mac 1986 (sebaye lak dengan Gee..he..he..he) di New York, United States. Gadis ini memulakan kariernya sebagai penyanyi pada tahun 2006.

3 comments:

dd dudu said...

dasatnyeee

hee dd baca dari atas sampai bawah. nice info, sambil kerut2kan mulut,haha

mar yanie said...

makin lama makin pelik la lady gaga ni..:D

............. said...

DD Dudu::Nape kerutkan mulut?nak mam daging tu ke..hehehe

Mar Yanie::lahir bulan pelik ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...