Sunday 27 March 2011

Tips Lupakan Si Dia



Cinta tak seindah yang kita impi kan. Setiap pasangan yang bercinta inginkan kebahagiaan yang berpanjangan. Itu dah menjadi lumrah kehidupan. Tiada seorang pun yang inginkan perpisahan, kesedihan.

Malam ni Gee nak share Tips untuk lupakan si dia. Tips ni Gee refer kan web Tentang Cinta. Tips ni ditujukan khas untuk sahabat merangkap kawan baik Mr. Doloh dengan pesanan kumbang bunga bukan sekuntum. Carilah insan yang betul2 cintakan kita. Bukan senang untuk dapatkan calon teman sehidup semati yang memahami. Anggaplah ape yang dah terjadi dugaan untuk dapatkan Miss. Right. We always with u my fren, Mr. S.



Terima Hakikat
First kita perlu terima hakikat yang si dia bukan lagi kekasih kita. Thinking +ve. belajar untuk terima kenyataan yang setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan setiap perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan. Dengan erti kata lain, jika kita tak berpisah dengan si dia, kita tak akan cari penganti. Lepas berpisah dengan si dia, Insyallah yang lebih baik menanti.

Melarikan diri
Melarikan diri di sini bukan bermaksud lari keliling kampung. Melarikan diri di sini bermaksud cuba ke tempat yang lebih tenang dan rehatkan minda. Ke tempat yang kita boleh lupakan si dia. Minuman Amaran keras jangan pulak kita ke tempat selalu date dengan si dia. Tu dah cari masalah. Silap-silap boleh bunuh diri.

Luahkan perasaan
Luahkan je perasaan tu kat kawan karib. mungkin kawan tu tak leh tolong, tapi sekurang-kurangnye kawan tu dapt kurangkan tekanan. Tak caye? Cube try tengok.

Anda pula dengar luahan mereka
Yang ni macam best skit. Sebab dengan cara ni, kita akan tahu bahawasanya ada lagi orang yang lagi teruk dari kita. So hargailah diri sendiri ye.

Ingat dekat orang lain
Buat pe kita duk ingat lagi ke si dia yang tak menghargai cinta yang kita berikan, tak setia, tak jujur. Segala macam tak la. Pe kate kita ingat kat orang yang hargai kasih sayang kita ni. Contohnya family, Kawan-kawan, Jiran tetangga..

Buang jer hadiah tu
Setakat Jam Fossil, Kemeja Paul Smith, kita pun boleh beli sendiri la. Pulangkan je semua hadiah yang si dia bagi. Klau dah tak nak pulangkan, buang je. Tapi membazir pulak kan. Baik korang derma kan kat Gee je.

Berdoa & Bertawakal
Jalan penyelesaian yang terbaik adalah berdoa dan bertawakanl. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

Thank You Myspace Comments

2 comments:

NUR AIMI NASIHAH said...

betul tu.. life is short, don't make it shorter.. :-)

Gee said...

Memang respect la lelaki tu. Bukan senang nak jmpe lelaki mcm tu zaman skg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...