Tuesday 24 May 2011

Fakta DNA Babi dari Jakim

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :
1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
2. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
3. melakukan proses samak; dan
4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.



http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110512163507&type=NEW

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...