Wednesday 11 May 2011

BuggyBabyBoogie

As usual taip-tiap Gee akan bace Mstar Online untuk mengetahui perkembangan dunia sekeliling. Gee suka baca Mstar ni sebab banyak berita terkini tentang artis. You know kan Gee ni memang suke bace pasal gosip artis dari politik..

Nah hari ni Gee nak share dengan korang berita yang terpilih, iaitu artis menjual barangan baby secara online. So kepada yang berminat untuk membeli barangan baby, boleh la jenguk kat BuggyBabyBoogie

Pe pun ni nak korang baca sendiri statement from Mstar Online.




Sheahnee Iman Lee bersama suaminya Nazarudin Rahman dan anaknya, Aaliyah.

KUALA LUMPUR: Kesedaran terhadap kekurangan barangan ibu dan bayi, menyebabkan pembaca berita ntv7, Sheahnee Iman Lee mengambil inisiatif membuka perniagaan butik dalam talian, BuggyBabyBoogie.com.

Isteri kepada pengacara Nazrudin Rahman ini memberitahu, idea membuka perniagaan tersebut timbul sejak lima bulan lalu selepas melahirkan anak pertamanya Zara Aaliyah yang kini berusia setahun tiga bulan.

"Saya dapati memang banyak barangan untuk ibu dan anak di pasaran tetapi sukar untuk mencari yang betul-betul sesuai dengan kita. Contohnya baju yang sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, beg untuk kelengkapan bayi yang sesuai dengan keperluan.

"Saya melalui pengalaman tersebut selepas melahirkan Zara. Sebagai ibu muda saya tahu ia sesuatu yang sukar terutamanya untuk menguruskan bayi," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran BuggyBabyBoogie.com, di sini, Rabu.

Selain itu, Sheahnee turut mendapatkan khidmat pereka fesyen terkenal Bon Zinal untuk mencari material yang sesuai untuk pakaian rekaannya.

"Bagi rekaan baju, saya mendapat khidmat nasihat daripada Bon Zainal dan kini sebanyak sepuluh rekaan baju telah terhasil.

"Manakala dari segi material kami menggunakan kain jenis sifon dan kain kapas yang mana tidak terlalu mahal untuk dibeli," katanya.

Dalam pada itu, BuggyBabyBoogie.com juga menawarkan produk penjagaan bayi dari luar negara seperti Australia, Amerika dan Australia.

"Kami mengimport barang-barang unik dari luar negara yang tidak terdapat di Malaysia. Kami juga mengalu-alukan bagi sesiapa yang boleh memperkenalkan barangan ibu dan anak yang belum lagi dijual di Malaysia," katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa selebriti yang juga rakan baiknya iaitu Aishah Sinclair, Daphne Iking dan Sharifah Sofea.

Tambahnya, sebarang pembelian atau pembayaran boleh dibuat secara perbankan dalam talian. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila lawati www.BuggyBabyBoogie.com.

2 comments:

Sheahnee Iman Lee said...

Salam Aziyah,

Thank you for posting this on your blog. Keranalah sokongan orang2 macam Gee bolehlah bisnes I berkembang; untuk itu kita berterima kasih lah dengan awak dan pembaca2 Gee di atas sokongan anda.

Ikhlas,
Sheahnee

Gee said...

Welcome back..Gee akan sentiasa sokong BuggyBabyBoogie.com.. Semoga you all akan terus success. Hidup melayu:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...