Sunday 19 September 2010

Tiada Pengganti


Salam ukhuwah untuk semua pembaca blog Gee. Semalam Gee dikejutkan dengan berita kematian seorang pelakon veteran, Allahyarham M Rajoli atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli bin Mohamed Zain pada usianya 65 tahun. Pada hari Jumaat (17 September 2010 bersamaan 8 Syawal 1431H) jam 10.45 malam Allahyarham menghempuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Selangor akibat penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 setelah dimasukkan ke hospital itu petang Khamis. Allahyarham menghempuskan nafas yang terakhir di sisi isteri pertamanya, Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd Arif.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokan harinya apabila doktor yang merawatnya mengesahkan Allahyarham menghidap penyakit Lymphoma atau Penyakit Barah Otak. Setelah 3 minggu berada di Unit Neurologi, HKL, Allahyarham dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 Nov 2007 untuk menjalani rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah. Akibat penyakit dan rawatan yang Allahyarham jalani, hampit keseluruhan anggota badan Allahyarham menjadi lumpuh dan hanya bergantung kepada isteri-isterinya dalam menguruskan segala kelengkapan harian.

Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat pada pukul 10.30 pagi 18 September 2010.

Serba sedikit tentang Allahyarham yang ingin Gee kongsikan di sini. Allahyarham dilahirkan pada 7 April 1945 di Pasir Mas, Kelantan. Allahyarham berkahwin dengan Hasimah Mat Din, 55 tahun dan Hajah Wan Chik Daud, 70 tahun. Hasil perkahwinannya dengan isterinya pertama, Allahyarham dikurniakan 4 orang cahaya mata, Siti Zaleha, 34 tahun, Nur Muhammad, 33 tahun, Siti Nazirah, 24 tahun, dan Mohd Ariff, 23 tahun.

Antara Filem Lakonan Allahyarham
Filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang (1983)
Filem Skrip 7707 (1983)
Filem Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (1984)
Filem Histeria (1984)
Filem Congkak (1986 - Pelakon Utama)
Filem Impak Maksima (1986)
Filem Cinta Yang Satu (1989)
Filem Misi 1511 (1989)
Filem Cicakman (1993)
Filem Diva Popular (1998)
Filem Man Laksa (1999)
Filem Persona Non Grata (2000)
Filem Main-Main Cinta (2002)
Filem Castello (2002)
Filem Lady Boss (2003)
Filem Cinta Fotokopi (2003)
Filem Bintang Hati (2003)
Filem Bisikan Remaja (2003)
Filem Lang Buana (2003)
Filem MX3 (2004)
Filem Mr. Cinderella 2 (2004)
Filem Diari Romeo (2005)
Filem Gila-gila Pengantin (2005)
Filem Mr. Cinderella (2006)
Filem Idola (2006)
Filem Anaknya Sazali (2006 -Pelakon Utama)
Filem Puteri Impian 2 (2006)
Filem Badai Mentera (2006)
Filem Perempuan,isteri dan.....? (2006)
Filem Oh Fatimah (2006)
Filem Awang Spanar (2007)
Filem Kembara Seniman Jalanan (2007)
Filem Bujang Lapok Kembali Daa (2008)
Filem Azura (2008)
Filem Tujuh Biang Keladi (2008)
Filem Darah Satria (2009)
Filem Mekanik (2009)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...