Saturday 29 January 2011

My Diary Today


Hari ni 28 January 2011.
Permulaan hari yang tak baik.
Badan tak sihat.
Muntah-muntah.
Smiley

Tapi gagah kan jugak ke pejabat walaupun lewat.
Jam 9 pagi masuk pejabat.
Siapkan keje yang bertimbun.
'Clear' kan meja yang bersepah.
Bertemankan 2 orang opis mate.

Tepat jam 5 petang, melangkah keluar pejabat.
Nak cepat sampai umah.
Nak baring.
Badan masih rase lemah.

Malam ni perlukan insan tersayang.
Time sakit macam ni sangat perlukan si dia.
Time nak bermanja katakan.
Walaupun si dia jauh di mata.

Kerinduan pada si sia, hanya Tuhan yang tahu.
Kebetulan minggu ni si dia xbalik.
Keje di hujung minggu.
Tahun Baru Cina baru balik.
Seminggu lagi.
Rase mase bergerak terlalu perlahan.
Smiley

Wednesday 19 January 2011

Squash



~ Hari ni, 19 January 2011 (Rabu)
~ First time Gee dpt main Squash
Credit utk lovely sis, Kak Nureen
~ Kami main kt Kelab Golf Rantau Petronas aka KGRP
~ Peluh tu jangan nak crte la
~ Meleleh babe
~ Salah satu cara utk turunkan berat badan
~ Chaiyok
~ Dah tu je utk hari ni..
~ Esok sampai lagi..

Bersukan utk Negara
Go baby....go baby....go!!!!

Saturday 15 January 2011

Keow Teow Goreng


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya Haji..Haji...Haji Mustafa (Over la pulak)..
Smiley

Pagi ni rajin la pulak nak masak Kew Teow Goreng..
Terasa nak makan Kew Teow Goreng je..
Resepi ni simple je...
Maklum je la baru belajar masak..
So cakap banyak pun tak guna kan..
Moh la kite layan resepi Kew Teow Goreng..


Emoticon Bahan-Bahannya Emoticon
1 bungkus Keow Teow (relai, cuci dan toskan)
Segenggam ayam yang dah dipotong kecil2
(Ikut suke hati nak letak ayam @ daging @ udang@ sorong @ kerang)
50 sen daun kucai
1 biji telur ayam
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu besar bawang besar (dimesin)
1 sudu besar cili kering yang dimesin
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 cawan air
1 camca gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Emoticon Cara Membuatnya Emoticon
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih yang dicincang halus sehingga warna kekuningan
3. Tumiskan cili kering yang dah dimesin dan gula sehingga terbit minyak (dalam bahase tranung biar naik minyok)
4. Masukkan ayam @ udang @ sotong @ daging @ kerang. Kacau sehingga rata.
5. Masukkan air. Biarkan sehingga ayam atau lain-lain (selain dari ayam) masak.
6. Masukkan telur. Kacau sehingga telur tu betul-betul hancur.
7. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap, garam. Kacau samapi sebati
8. Masukkan Keow Teow dan daun kucai. Masak dengan api perlahan
9. Last sekali, rasa dan kalau semua rasa dah ada, boleh matikan api.
10. Nak lebih sedap, taburkan bawang goreng, daun sup. Makan dengan cili jeruk..perghh..

Berjaya jugak Gee asapkan dapurkan dapur hari ni. Biasanya mak je yang tolong asapkan.
Okey la. Nanti kalau ada resepi, Gee kongsikan lagi ye..
Nak fly jap Smiley
Bye..Bye Semua....

Thursday 13 January 2011

Speak Now ~ Taylor Swift


Taylor Swift: Speak Now Lyrics

I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in
On a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl

I sneak in and see your friends
And her snotty little family
All dressed in pastel

And she is yelling at a bridesmaid
Somewhere back inside a room
Wearing a gown shaped like a pastry

This is surely not
What you thought it would be
I lose myself in a daydream
Where I stand and say:

Don't say yes, run away now
I'll meet you when you're out
Of the church at the back door

Don't wait or say a single vow
You need to hear me out
And they said "speak now"

Fun gestures are exchanged
And the organ starts to play
A song that sounds like a death march

And I am hiding in the curtains
It seems I was uninvited
By your lovely bride-to-be

She floats down the aisle
Like a pageant queen
But I know you wish it was me
You wish it was me, don't you?

Don't say yes, run away now
I'll meet you when you're out
Of the church at the back door

Don't wait or say a single vow
You need to hear me out
And they said "speak now"

Don't say yes, run away now
I'll meet you when you're out
Of the church at the back door

Don't wait or say a single vow
Your time is running out
And they said, "speak now"

Ooh, la, oh
Ooh, ooh

I hear the preacher say
"Speak now or forever hold your peace"
There's the silence, there's my last chance
I stand up with shaking hands, all eyes on me

Horrified looks from
Everyone in the room
But I'm only looking at you

I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in
On a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl

So don't say yes, run away now
I'll meet you when you're out
Of the church at the back door

Don't wait or say a single vow
You need to hear me out
And they said, "speak now"

And you say
Let's run away now
I'll meet you when
I'm out of my tux at the back door

Baby, I didn't say my vows
So glad you were around when they said
"Speak now"

Saturday 8 January 2011

Kuku

Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).


Lee Redmond, wanita asal Utah (67 tahun) merupakan pemegang rekor kuku terpanjang berdasarkan Guinness World Records dengan panjang mencapai 84 cm


Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.

Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam Irsyad Hukum kali ini.


EmoticonHukum Dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya :

Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):
memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."
(Hadis riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.

Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.


EmoticonCara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jarisepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.


EmoticonWaktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."
(Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjiduntuk mengerjakan sembahyang Juma'at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :

"Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."
(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."
(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.


EmoticonMenanam Potongan Kuku
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.


EmoticonMemotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

Rasulullah S.A.W Bersabda, Yang Bermaksud Barang
Siapa Yang Mengerat Kukunya Pada ;


Hari Sabtu

Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad

Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa

Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu

Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

Hari Jumaat

Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Selamat Ulang Tahun



Gambar terpilih di malam Birthday Party

Tuesday 4 January 2011

Happy Birtyhday CEO & HOD








Only You Can Love Me This Way


Well, I know there's a reason
And I know there's a rhyme
We were meant to be together
And that's why

We can roll with the punches
We can stroll hand in hand
And when I say it's forever
You understand

That you're always in my heart
You're always on my mind
But when it all becomes too much
You're never far behind

And there's no one
That comes close to you
Could ever take your place
'Cause only you can love me this way

I could have turned a different corner
I could have gone another place
Then I'd of never had this feeling
That I feel today, yeah

And you're always in my heart
Always on my mind
When it all becomes too much
You're never far behind

And there's no one
That comes close to you
Could ever take your place
'Cause only you can love me this way
Ooh

And you're always in my heart
You're always on my mind
And when it all becomes too much
You're never far behind

And there's no one
That comes close to you
Could ever take your place
'Cause only you can love me this way
Ooh

Only you can love me this way

Saturday 1 January 2011

Tahun Baru 2011


Assalamualaikum..

Selamat tahun baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia. Say goodbye 2010. Tahun baru, azam baru, semangat baru. Pendek kate semua baru. Jadikan pahit, manis, tawar, masam tahun 2010 sebagai pengajaran dan ikhtibar kepada kita semua. Semoga ianya menjadikan penguat semangat untuk kita teruskan kehidupan kita 2011.


Hari ini hari pertama tahun 2011. Ape yang berlaku pada hari ini?

Gee dan My Hero mula berbincang secara serius tentang new plan for this year
My Hero dah start kira budget utk plan tahun ni.
Gee dah start pening kepala pikir plan tahun ni

Apakah plan itu?? Just wait and See...Smiley


Azam tahun baru 2011
1. Dapatkan kerja yang tetap. Sekarang cuma jadi management trainee. Nak cari sesuatu yang
lebih kukuh untuk masa depan
2. Beli kereta. Kereta idaman tentunya Mitsubishi Lancer. Tapi rasenya tahun ni tak dapat kot. Janji ada kereta sudah.
3. Cari rumah. Rumah ni untuk family masa depan. My hero akan cari, Gee cuma kata ya atau tak. Sebab My Hero tahu area yang kami nak.
4. Kuruskan badan. Kalau tak kuruskan badan, alamak nye xmuat la baju pengantin nanti. Lagipun risau obes. Sekarang ni pun dah hampir overwieght.
5. Kumpul duit. Tiap tahun ini lah azam yang susah nak capai. Tahun lepas dah beli DSLR. Tahun ni plan yang lagi besar. Mane nak cari RM2k dalam mase 2 bulan ni.
6. Majlis pertunangan. Majlis yang akan dilangsungkan tahun ini. Majlis ini lah yang membuatkan kepada Gee poning. Macam-macam nak kena pikir.

Pendek kata, Gee akan buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga Gee, Keluarga My Hero dan Keluarga yang dalam perancangan.Smiley

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...