Tuesday 31 May 2011

Hari terakhir saya


Hari terakhir saya’

KERTEH – “Ini adalah hari terakhir saya.”

Itulah kata-kata seorang juruteknik ketika menghantar kad pekerja di pejabatnya di Kawasan Perindustrian Kerteh sebelum dia maut beberapa jam kemudian selepas motosikal Yamaha 125 yang ditunggangnya terbabas, dan merempuh pagar besi pengadang jalan dalam kejadian di Kilometer 117, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kompleks Rantau Petronas, petang kelmarin.

Rupa-rupanya, kata-kata itu mempunyai makna tersirat kerana ia seolah-olah menjadi petanda mangsa, Ahmad Nawawi Awang, 21, yang juga anak bongsu daripada sembilan beradik akan pergi buat selama-lamanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Kerteh meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kerteh kerana mengalami kecederaan organ dalaman yang serius, iaitu pecah hati dan patah tulang rusuk.

Baru kematian ibu Januari lalu

Mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk
Abang mangsa, Abu Yamin Awang, 36, berkata, kira-kira jam 1 tengah hari iaitu beberapa jam sebelum kemalangan­ itu, perlakuan adik bongsunya itu agak pelik.

Dia yang bekerja di tempat sama dengan arwah adiknya berkata, ketika menghantar kad pekerja kerana telah tamat bekerja sebagai juruteknik kontrak di kilang berkenaan, arwah adiknya sempat berkata itu adalah hari terakhirnya.

“Saya tak sangka kata-kata itu ‘dalam’ maknanya. Semalam (kelmarin) arwah hanya bekerja separuh hari. Selepas hantar kad pekerja, dia pulang untuk mandi sebelum dia bersama rakannya berkonvoi dari Kerteh dengan menunggang motosikal untuk ke Chukai.

“Saya difahamkan, dia berkonvoi bersama tiga motosikal rakannya dan dia menunggang di belakang. Bagaimanapun ketika tiba di kawasan lampu isyarat di Rantau Petronas, rakannya pelik kerana arwah tiada di belakang sebelum mereka dihubungi dan diberitahu arwah dikejarkan ke klinik,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru Kerteh, semalam.

Abu Yamin yang juga anak ketiga berkata, kehilangan adik bongsunya itu adalah dugaan yang cukup besar kepadanya dan adik beradik lain, apatah lagi mereka sekeluarga baru sahaja kehilangan ibu pada Januari lalu akibat penyakit kencing manis, manakala bapa mereka pula meninggal dunia enam tahun lalu.

Ditanya mengenai perubahan sikap arwah, menurut juruteknik itu, beberapa hari sebelum kejadian adiknya yang baru sahaja tamat belajar di Ranaco Education and Training Institut (Reti), Jakar dan menerima diploma pada April lalu kelihatan cukup gembira dan banyak bercakap, berbeza berbanding sebelum ini.

“Dia memang seorang yang ceria dan banyak bercakap, tetapi beberapa hari lalu dia lagi banyak cakap terutama dengan saya yang bekerja sekali dengannya.

“Sepatutnya arwah yang tinggal bersama dua kakaknya di rumah pusaka arwah ibu dan ayah menyertai Karnival Remaja 2011 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik yang berlangsung hari ini (semalam) dan esok (hari ini) di Kerteh, tetapi hasratnya tidak kesampaian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan kejadian itu berkata, motosikal yang ditunggang mangsa gagal dikawal ketika tiba di selekoh di lokasi kejadian sebelum terbabas dan melanggar pagar besi pengadang jalan,

mengakibatkan mangsa tercampak beberapa meter dan motosikalnya remuk teruk di bahagian hadapan.

“Mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Klinik Kesihatan Kerteh. Mangsa dihantar ke klinik oleh orang awam. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat didapati mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk,” katanya.


Al-Fatihah untuk Adik Awie, Adik kepada Izu
Sumber Sinar Harian (sisipan Terengganu)

Monday 30 May 2011

Salma, Juara Mentor 5



Pertama nye Gee nak ucapkan tahniah kepada Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, menjadi Juara Mentor musim kelima. Salma berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.

Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).


Ni senarai hadiah yang berjaya dibawa pulang oleh pemenang :

Tempat Pertama
Salma ~ wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze
Erra Fazira ~ wang tunai RM100,000.

Tempat Kedua
Shiha ~ wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150
Datuk Sharifah Aini ~ wang tunai berjumlah yang sama.

Tempat Ketiga
Iqa dan Edry Abdul Halim ~ wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Sunday 29 May 2011

Sham Kamikaze Mendapat Hidayah


Semalam tengok AF 9. Pengkritik jemputan Sham Kamikaze. Klau korang perasan, mase tu beliau nampak lain sangat. Tak macam dulu. Serius Gee tak tipu. Muka beliau nampak sangat bersih.

Korang layan video pengakuan Sham Kamikaze bagaimana beliau berubah untuk menjadi lebih baik selepas mendapat hidayah daripada Allah s.w.t.

Antara kata beliau di dalam FB."Hati saya mula terbuka apabila Allah menemukan saya dengan Imam Satu, Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais ketika saya merayau-rayau di utara."Orang kata memang susah untuk orang biasa berjumpa imam besar itu. Sejak itulah, saya percaya ada hikmah tersembunyi yang ingin Allah berikan.

Dari dulu Gee memang minat Sham. Sham seorang pemuzik yang berbakat selain mempunyai wajah yang tampan. Perubahan beliau sekarang menunjukkan beliau makin hensem dihati peminat yang sentiasa support Sham include me..

Chaiyok Sham...

Saturday 28 May 2011

Hukum Duit Hasil Jualan Pokke aka Tokek



Soalan : Apakah halal duit hasil jualan pokke aka tokek (cicak)?

Jawapan : Haram jika untuk dimakan.
Harus jika digunakan dalam perubatan.



Soalan ni pernah ditujukan kepada my favorite ustaz, Ustaz Azhar. Kan zaman sekarang cicak ni tengah famous. Cicak jutaan ringgit.

Kepada sesiapa yang berniat nak menjual cicak ni, make sure tujuan pembeli membeli pokke tu. Klau digunakan untuk perubatan, hukumnya harus. Antara petikan dalam ceramah tu, Ustaz kata klau ubat itu menandingi ubat yang suci, maka diharuskan pada syarak melainkan arak. Ada yang berpendapat cicak ni boleh ubat penyakit HIV. Sejauh mana kebenarannya, Gee pun tak pasti.

Tapi klau untuk jadikan makanan, hukumnya haram. Tapi adr ke orang makan pokke ni. Iyaaakkkk.

Renung-renungkan dan selamat beramal♥

Friday 27 May 2011

Happy Birtyhday Syaira

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selamat Hari Lahir untuk ibu Syaira ke 24 dari kami warga HR dan Finance Department. Semoga ibu terus berjaya dan menjadi ibu contoh kepada Maisarah.

BBQ @ Pantai Kemasek

Salam korang sume. Malam ni Gee nak share gambar mase BBQ geng2 HR dan Finance kat Pantai Kemasek. Kitorang buat BBQ ni hari Wesak. Kan sume cuti. So ni salah satu cara release tension untuk sesiapa yang tension bekerja. Termasuk la Trainee Manager (Me). Tension ke? hehehe..

Korang tengok la makanan yang tersedia. Macam nak buat kenduri. Antara menu yang Gee ingat, Salad buah (Gee), Spaghetti (Kak Rozi), spaghetti carbonara (Kak Huda), Steamboat Tomyam (Kak Ti), ayam BBQ (Kak Gee), Cake (K Nuren), puding (Fiffy), keropok goreng (Syaira), Nasi gorang. Ni yang Gee ingat. Yang tak ingat tu jangan kecik hati ye.

Photobucket

Memang banyak yang amat. Tak padan dengan jemputan. Kul 12 kitorang chaw chin chaw. Mase tu sedap ta diorang ni tapau makanan. Kecuali aku. huhu..

Ni korang tengok aksi2 diorang bertiga. Yang lain Gee tak sempat nak snap. Kes nye? Malu sebab kamera cikai. hahahaa...

Layannnnnn..

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Wednesday 25 May 2011

Only 4 Me



Malam ni Gee agak moody. Mood memang ke laut. Sebelum tido Mr. D tujukan lagu ni untuk Gee.

So sweet kan. Korang jangan jeles tu. Jeles ke?

Thanks Mr. D♥

Tuesday 24 May 2011

Isu Logo Halal

Isu ni sebenarnya dah lama. Macam2 spekulasi yang dibuat. Ada yang kata logo Halal macam ni boleh, ada yang kata logo macam je boleh. Klau korang nak info yang lebih detail, korang bukak je la laman web JAKIM. Lagi mudah. Dari korang duk baca spekulasi yang macam2.

Korang jangan pikir yang negatif je pasal Jakim. Pe yang korang perlu pikir fakta yang diorang keluarkan adalah fakta yang betul. Klau pihak Jakim nak tipu, sape boleh dosa? Korang jawab la sendiri.

Sekarang Gee nak share info logo Halal. Info ni Gee dapat dari Bahagian Hab Halal semasa Pameran MAHA Antarabangsa 2010 kat Serdang.


Logo Halal Malaysia Yang Diiktiraf



• Bintang berbucu 8 di tengah-tengah bulatan
• Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang
• Diikuti tulisan rumi “HALAL”
• Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab
• 2 bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.



LOGO HALAL YANG TIDAK DIIKTIRAF OLEH JAKIM

PhotobucketPhotobucket
IFRC BAHTERA LAGENDA SAS-H CONSULTACY

Photobucket
IFANCA INTERNATIONAL


HALAL FOOD COUNCIL S.E.A

Kenyataan dari eiz1004.upprofits.com

Semakan Status Halal yang terpapar dalam laman web JAKIM adalah 2 jenis produk bahan ramuan kek dan roti keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd iaitu Talentos Brownies Concentrate Secret Recipe dan Talento Concentrate Secret Recipe. Ianya tiada kena mengena dengan Secret Recipe Malaysia yang turut mengeluarkan produk berasaskan Kek dan Roti. Penafian Secret Recipe Malaysia turut dibuat di laman Facebook Secret Recipe Malaysia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Manakala 2 bahan keluaran Syarikat Puratos yang ditemui DNA babi itu adalah Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder.

Sumber: http://eiz1004.upprofits.com/status-halal-dan-dna-babi-kaitan-syarikat-puratos-dan-secret-recipe/#ixzz1NFgeWGIg

Fakta DNA Babi dari Jakim

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :
1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
2. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
3. melakukan proses samak; dan
4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.



http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110512163507&type=NEW

DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal

Published: Selasa Mei 24, 2011 MYT 6:01:00 PM
Updated: Selasa Mei 24, 2011 MYT 9:31:28 AM
DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan. "Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/24/mstar_berita/20110523175725&sec=mstar_berita

Wednesday 18 May 2011

Asfan - Terhenti Disini



Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Erry Putra , Reen & Shajiry ~ Jangan Kau Pergi



Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi

Alya ~ Kisah Hati



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Saturday 14 May 2011

Remy Ishak Accident


Pelakon kacak yang terkenal dengan watak Adam dalam drama Nur Kasih telah terlibat dalam 1 kemalangan motosikal semasa perjalanannya ke Pulau Pinang. Menurut sumber, kemalangan terbabit berlaku berdekatan LRT Jelatek. Remy ketika itu menunggang motosikal berkuasa kuda (memandai Gee tambah). Kemalangan ini menyebabkan kaki Remy patah. Dan ada sumber mengatakan motosikal yag Remy tunggang tak der kecederaan langsung. Pelik kan.

Sama-samalah kita tunggu empunya diri bersuara.

Thursday 12 May 2011

Clutch Giuseppe Zanotti

Cantik x clutch ni. Ni salah satu jenis handbag yang dicadangkan oleh My Opismate, Kak Nuren untuk dijadikan sebagai hantaran. Kak Nuren cakap, beg yang kecik2 macam cantik klau buat hantaran. Sweet je nengok.

So beberapa hari ni, Gee suke la google perkataan clutch. Sekali terkeluar clutch ni. Korang tau jenama pe clutch ni. Giuseppe Zanotti patent leather clutch. Gee 1st time dengar jenama ni. Harga nye lebih kurang RM400. Nah ambik ko. Klau korang nak kawen dengan Dato boleh la korang mintak barangan jenama ni. Orang tertentu je boleh pakai beg harga macam ni.



Wednesday 11 May 2011

Pertunangan Zaimi dan Fiza

Sori coz baru upload pic ni kat blog. Majlis Pertunangan antara Zaimi akak Abang Ngoh dengan kekasih hatinya, Fiza berlangsung pada 22 April 2011 di Kg. Payoh, Kemaman.

Thanks kepada Abang Ngoh sekeluarga sebab ambik Gee as photographer utk anggement ni. Kredit for you all.

Moh la tengok hasil nya ♥






Cinta Melody

Dengar lagu tema pun sedap kan. Aishiteru. First time dengar lagu ni dah tergode gitu. Pukul 6.30 dah kena adr kat depan tv. Kes nak tengok cerite Cinta Melody. Heroin crite ni sweet sangat. Sampai terfikir nak potong rambut macam dye.

Ni Gee nak share dengan korang sinopsis crte Cinta Melody. Korang boleh tengok crte ni jam 6.30 petang @ Astro ria. Gee ambik dari wikipedia.

Melody adalah gadis yang cantik dan cerdas. Dia bekerja sebagai supervisor di sebuah perusahaan mie instant/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan karena kecelakaan. Saat kecelakaan itu, hanya mayat Fajri yang ditemukan sementara mayat Fajar tidak. Hal ini menyebabkan Nissa berkeras kalau suaminya masih hidup. Nissa selalu marah kalau Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa marah dengan dalih bahwa tidak masuk akal membuat makam tanpa ada jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa karena ia merasa bahwa suaminya meninggal karena kelalaian Fajar membawa mobil. Hanny menganggap Nissa adalah janda pembunuh.

Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja menabraknya. Terjadilah pertengkaran di antara mereka. Elang sebenarnya anak pemilik perusahaan tempat Melody bekerja. Elang dididik orang tuanya (Anggika dan Bharata) untuk bisa mengatur perusahaan mereka, tetapi harus dari level bawah dulu. Dan Bharata menempatkan Elang sebagai asisten Melody. Betapa terkejutnya mereka berdua ketika menyadari mereka harus bekerja bersama. Pertengkaran dan perdebatan pun akhirnya selalu mewarnai pekerjaan mereka.

Saat tak sengaja bertemu dengan Bharata, Melody terpana karena wajah Bharata mirip sekali dengan Fajar, ayahnya, tapi Melody berusaha menepis semua itu. Padahal Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami amnesia setelah ditolong Anggika dari kecelakaan bertahun-tahun yang lalu. Rahasia yang disimpan ini terusik saat tiba-tiba Bharata mempersoalkan tentang masa lalunya. Anggika cemas, apalagi saat dia selidiki, semua ucapan Bharata keluar setelah dia kenal dengan Melody. Anggika mencari tahu tentang Melody dan keluarganya. Anggika syok karena Melody adalah anak suaminya. Ia berusaha keras menjauhkan Bharata dari Melody. Bahkan saat Elang makin dekat dengan Melody, Anggika makin keras dan menjodohkan Elang dengan Ajeng. Ajeng yang memang mencintai Elang dan membenci Melody senang atas keputusan Anggika, tapi tidak dengan Elang.

Ancaman demi ancaman keluar dari Anggika agar Elang menjauhi Melody karena kalau tidak, Melody akan sengsara. Elang khawatir sehingga dia pun perlahan menjauhi Melody tapi tidak juga mendekati Ajeng. Elang malah tidak sengaja bertemu dengan Jelita, sepupu Melody. Jelita sendiri jadi menyukai Elang dan ia sering mencari kesempatan untuk jalan berdua.




BuggyBabyBoogie

As usual taip-tiap Gee akan bace Mstar Online untuk mengetahui perkembangan dunia sekeliling. Gee suka baca Mstar ni sebab banyak berita terkini tentang artis. You know kan Gee ni memang suke bace pasal gosip artis dari politik..

Nah hari ni Gee nak share dengan korang berita yang terpilih, iaitu artis menjual barangan baby secara online. So kepada yang berminat untuk membeli barangan baby, boleh la jenguk kat BuggyBabyBoogie

Pe pun ni nak korang baca sendiri statement from Mstar Online.




Sheahnee Iman Lee bersama suaminya Nazarudin Rahman dan anaknya, Aaliyah.

KUALA LUMPUR: Kesedaran terhadap kekurangan barangan ibu dan bayi, menyebabkan pembaca berita ntv7, Sheahnee Iman Lee mengambil inisiatif membuka perniagaan butik dalam talian, BuggyBabyBoogie.com.

Isteri kepada pengacara Nazrudin Rahman ini memberitahu, idea membuka perniagaan tersebut timbul sejak lima bulan lalu selepas melahirkan anak pertamanya Zara Aaliyah yang kini berusia setahun tiga bulan.

"Saya dapati memang banyak barangan untuk ibu dan anak di pasaran tetapi sukar untuk mencari yang betul-betul sesuai dengan kita. Contohnya baju yang sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, beg untuk kelengkapan bayi yang sesuai dengan keperluan.

"Saya melalui pengalaman tersebut selepas melahirkan Zara. Sebagai ibu muda saya tahu ia sesuatu yang sukar terutamanya untuk menguruskan bayi," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran BuggyBabyBoogie.com, di sini, Rabu.

Selain itu, Sheahnee turut mendapatkan khidmat pereka fesyen terkenal Bon Zinal untuk mencari material yang sesuai untuk pakaian rekaannya.

"Bagi rekaan baju, saya mendapat khidmat nasihat daripada Bon Zainal dan kini sebanyak sepuluh rekaan baju telah terhasil.

"Manakala dari segi material kami menggunakan kain jenis sifon dan kain kapas yang mana tidak terlalu mahal untuk dibeli," katanya.

Dalam pada itu, BuggyBabyBoogie.com juga menawarkan produk penjagaan bayi dari luar negara seperti Australia, Amerika dan Australia.

"Kami mengimport barang-barang unik dari luar negara yang tidak terdapat di Malaysia. Kami juga mengalu-alukan bagi sesiapa yang boleh memperkenalkan barangan ibu dan anak yang belum lagi dijual di Malaysia," katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa selebriti yang juga rakan baiknya iaitu Aishah Sinclair, Daphne Iking dan Sharifah Sofea.

Tambahnya, sebarang pembelian atau pembayaran boleh dibuat secara perbankan dalam talian. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila lawati www.BuggyBabyBoogie.com.

Afif with....

GAMBAR AFIF AF9 BERSAMA KEKASIH BARU

Uiks. Lepas Afif kluo AF9 baru Gee tahu pasal ni. Actually mase Afif dalam AF Gee suke tengok dye. Sebab muke dye macam jujur je. Macam Mawi World.

Alang-alang korang tengok gambar ni kan, korang bace la statement dari http://www.zonartis.com/

Serius, kami baru tahu yang Afif AF9 yang juga bekas peserta MyStarz LG sudah clash dengan selepas membaca artikel di portal murai.com.my. Kami tak sangka yang diorang akan clash sebab tengok gambar diorang suatu ketika dulu, macam dah confirm je akan jadi suami isteri. Tapi akhirnya, clash juga.

Ini penjelasan Afif yang kami petik dari portal murai.com.my: “Memang saya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Salima. Saya mula kenal dengan dia ketika kami buat show sama-sama pada tahun 2009. Sejak dari situlah hubungan kami mula jadi semakin rapat dan kami terus menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.Namun, hubungan kami hanya dapat kekal bertahan selama setahun lebih dan kami telah pun putus cinta kira-kira empat bulan sebelum saya menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia Musim 9. Tapi kini Afif sudah ada pengganti.

Menurut Afif:“Saya pun tak sangka, begitu cepat pula berjumpa dengan kekasih baru. Mungkin sifat dan sikap yang ada pada kekasih baru saya yang bernama Aishah ini buat saya senang bersama dengannya. Kami juga serasi. Sebab itulah saya rasa kami boleh bersama selamanya. Insya Allah,”


Dan adakah kekasih baru yang dimaksudkan oleh Afif itu adalah wanita yang dipeluknya pada gambar kat bawah ni? Atau wanita tu adalah kekasih lama sebelum Afif bercinta dengan Salima?

GAMBAR AFIF AF9 BERSAMA KEKASIH BARU

Nasihat

Mulai hari ni, Mr. D dah start berkerja di Kerteh. So nice. Tapi kami tak selalu berjumpe jugak. Melainkan klau adr hal penting. Harus la adr limit babe.

Nasihat Suhaimi Mior Hassan, "Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang. Duduk renggang-renggang bertambah sayang. Biar malu-malu biar segan-segan. Kerna malu itu perisai orang beriman".

Nasihat Mr. D kepada Gee hari ni, "jangan bawak masuk keje dalam rumah. Tinggalkan masalah keje kat pagar pejabat. Dalam hati tu biar adr niat nak kahwin tahun depan, sebab nanti Dia akan permurahkan rezeki.

Haruslah Mr. D. Date dah adr. Cume ni antara kami je la. Family tak tahu lagi date kitorang. Hehehehe..



Sokmo Beauty Shop


Sokmo Beauty Shop ditubuhkan pada May 2011
Menyediakan pelbagai koleksi barangan yang menarik dan berkualiti tinggi.

Antaranya :
♥ Tudung Berawning
♥ Cocoa Collagen
♥ Dolla Cantik

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap golongan.
Kepada sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan.

~ Hubungi Kami ~

En. Abdullah
H/P : 019-9879734
email : bedergemuk@yahoo.com

Cik Gee
H/P : 013-6284754
email : gee_man86@yahoo.com

SEKIAN TERIMA KASIH!


Ni name bisnes baru yang kami tubuhkan. Bisnes dah name. Dulu name lain, AMNAAR Collection. Sekarang dah tukar kepada Sokmo Beauty Shop. Kami suke berniaga. Kami menjual macam-macam yang boleh menghasilkan keuntungan. Modal bisnes ni sebenarkan dikeluarkan oleh Mr. D, Gee dan Kak Lah (My sis). So korang jemput singgah la ke blog bisnes kami. Selamat bershopping.


Tuesday 3 May 2011

Smile

Mr. D::Abg ada berita yang sangat menggembirakan

Miss N::Nak tahu

Mr. D::Lepas shutdown Abg blk Kerteh

Miss N::Suke nye. Thanks Abg. Balik Kerteh utk position?

Mr. D::Yg Abg kabo dulu la Ayg. Alhamdulillah

Miss N::As HSE Manager?

Mr. D::Ye Ayg. Tapi Abg takut tak dapat jalankan tugas sebagai Manager, sebagai cinta hati Ayg, sebagai suami Ayg dan anak kepada Mek.

Miss N::Insyallah Abg akan bjaye handle masalah as Manager, My Husband, and be good son for Mek. I always will support you, My Love.

Monday 2 May 2011

Zivilia Band - Aishiteru (With Lyrics)



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

Lirik Kau Ku Sayang ~ Siti Nurhaliza




Kau tersenyum
Ku terpaku
Cahya di wajahmu
Hanyalah untukku

Sinaran matamu
Menusuk di kalbu
Tak mungkin ku melupakan
Sebegini pengalaman
Lalu hati pun berkata
Segala untukmu

( korus )
Satu masa nanti
Pasti kau temui
Tabahkanlah hati
Jangan lupakan Ilahi

Akan tiba bahagia
Tak mungkin sendirian
Terhurai dalam lagu berkumandang
Di buai dalam mimpi
Kau ku sayang

Segala untukmu

( ulang korus )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...