Monday 15 August 2011

Mentega tidak halal



Salam Ramadhan. Alhamdulillah hari ni genap 15 hari umat Islam menunaikan Rukun Islam ketiga yakni berpuasa di bulan Ramadhan.

Siap semua tugasan selepas berbuka puasa malam ni, rajin la pulak nak membaca berita semasa. Terjumpa lah statement ni iaitu statement yang menyatakan bahawa mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn tidak halal. Ianya dikatakan tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi.

Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk tersebut.

Mentega ini digunakan oleh kebanyakan pengusaha kek lapis di Sarawak. So korang kena hati-hati. Maklum je la. Raya dah nak dekat. Sure ramai yang nak tempah kek lapis Sarawak as juadah di hari raya..


Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu, umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...