Friday 29 April 2011

@ Hospital Kemaman


Pagi tadi hantar ayah ke Hospital Kemaman. Semalam ayah blending. Sampai hospital terus ke bahagian emergency. 2 jam ayah kena check. Dari kul 9 smpai 11. Kul11 Gee gi jumpe MA yang uruskan ayah. Dye cakap tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung. Dan yang paling terkejut suspek adr ketumbuhan.

Kul1 doktor check, doktor cakap maybe buasir. Tapi report tak klua lagi. So just wait n see.

Ayah kena tahan wad maybe sampai Isnin ni. Tunggu doktor pakar check.

The Royal Wedding


2011 bakal mencatat sejarah tersendiri apabila pewaris takhta di raja Britain iaitu Putera William bakal melangsungkan perkahwinan baginda dengan gadis pilihan hatinya, Kate Middleton, 29 di Westminster Abbey.

Detik Percintaan
Putera William mula jatuh hati pada Kate pada malam pertunjukan fesyen ketika putera raja itu berada pada semester kedua di Universiti St Andrews, Scotland pada 2001

Kate Middleton
♠ Nama sebenar Catherine Elizabeth Middleton
♠ Bukan gadis kebanyakan yang datang daripada keluarga sembarangan
♠ Cantik
♠ Berfikiran bijak, matang dan berpendidikan tinggi.
♠ Bekas penuntut di University of St Andrews
♠ Dilahirkan pada 9 January 1982
♠ Keluarganya merupakan keturunan bangsawan dari Afrika.

Program (untuk waktu Malaysia tambah 7 jam) -Ntv7
0815: Kehadiran tetamu di Great North Door of Westminster Abbey
☺ 1010-1051: Kehadiran keluarga dan pengantin
☺ 1100: Perkahwinan
☺ 1200: Pengantin diarak ke Buckingham Palace
☺ 1800: Private dinner untuk pengantin diraja, keluarga dan sahabat rapat

Tetamu
40 keluarga diraja negara asing dijemput termasuk dengan Yang di-Pertua Agong Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
• Pemain bola terkenal England, David Beckam dan isteri, Victoria
• Elton John
• Rowan Atkinson "Mr Bean"
• Tetamu yang tidak dijemput termasuk bekas isteri Putera Andrew dan anak-anak, Presiden US Barack Obama dan isteri (kerana majlis ini bukannya state event), Bekas Perdana Menteri Britain (Tony Blair dan Gordon Brown)
• Tetamu yang menolak jemputan termasuk Putera Salman Hamad (Bahrain), Putera Naruhito dan Permaisuri Masako (disebabkan gempa bumi dan tsunami)

Hadiah Perkahwinan
Derma kepada 26 entiti yang memerlukan (Putera William dan Kate Middleton tidak mahu hadiah-hadiah daripada tetamu untuk diri mereka sendiri)

Kos perkahwinan
Dianggarkan berjumlah GBP50 juta (RM50 juta). Ianya dibiayai oleh Queen dan Prince Charles termasuk perhidmatan gereja, muzik, bunga dan sambutan majlis perkahwinan. Duit pembayar cukai akan digunakan untuk keselamatan, polis dan pembersihan

Siaran langsung @live
• TV7: Bermula 3.30 petang hingga 8.30 malam
• Astro 512 BBC World News: Bermula 4.30 petang
• Astro 511 CNN: Bermula 2 petang
• Astro 735 ITV Granada: Bermula 3.30 petang
• Astro 707 TLC: Bermula 3.00 petang
• Astro 514 Skynews: Bermula 5.00 petang

http://www.officialroyalwedding2011.org/

Thursday 28 April 2011

Dulu vs Sekarang

Soalan bonus
Dulu ~ "tak habis blaja lagi ke?
Sekarang ~ "bile nak kawen"

Tak sabar
Dulu ~ Nak tamatkan study
Sekarang ~ Nak tamatkan zaman bujang

Kereta Impian
Dulu ~ Satria GTi
Sekarang ~ Honda Civic

Bile dapat duit
Dulu ~ tak sabar nak gi shopping
Sekarang ~ Saving utk nikah

Wednesday 27 April 2011

Tiada Duka Yang Abadi - Opick



Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Cemburu


Ada masa perasaan cemburu ni membuatkan kita tersenyum
Ada masa perasaan cemburu ni membuatkan kita menangis
Itulah kuasa perasaan cemburu..

Ayat awek..
Ayang::Ayang cemburu la tengok abang dengan kawan2 abang.

Ayat pakwe..
Abang::Abg cemburu la lelaki lain tengok ayang

Note::
Suke perasaan ni. Kurang2 awek tahu yg pakwe menghargai kehadirannya. Harap pakwe begitu jugak

No Komen

Banyak bende nak post sebenarnye. Tapi tak terpost.. Macamane tu. Tunggu keadaan bertenang skit..

Salah 1 certita nak share. My Dad tak sihat. Ada masalah jantung. Dah gi Klinik Syed. Then Doktor suruh refer pakar. Tak tahu bile nak gi jumpe. Ayah tak gi jumpe. So how..

Ce Cite....ce cite...

Sunday 24 April 2011

Kerabu Mangga



Gee memang suke makan makanan yang masam. Bukan mengidam ye. Minggu lepas lagi Mr. D cakap pasal Kerabu Mangga ni. Mak dye masak. Memang best la katenye.

So minggu ni Mr. D balik, dye bagi mempelam kat Gee. Mr. D petik kat umah dye. Mase ambik mempelam ni tadi, Gee dah kecur air liur. Balik keje, lepas siap2 semua keje, terus buat kerabu mangga ni.

So ni la hasil nye. Sharing is Caring..


Bahan-Bahan

Mempelam (Sagat)
Kacang Tanah (goreng tanpa minyak, then tumbuk)
Bawang besar (nak sedap bawang merah. Mayang halus)
Cili (Mayang halus)
Udang Kering (Tumbuk)
Kacang Panjang (Jika ada)
Bunga Kantan (Jika ada)
Gula
Garam

Cara-Cara
Gaulkan semua bahan-bahan di atas. Pastikan semua rase ada. Antaranye manis, masam, masin, pedas. Senang kan..

Selamat Mencuba

Thursday 21 April 2011

View dari Kenyir








Ni adr beberapa gambar yang terpilih sepanjang Gee camping kat Tasik Kenyir & Taman Negara 15 & 16 April 2011. Gee pilih gambar ni berdasarkan view nye yang cantik. Lagipun Gee memang suke shoot something yang nature. Shoot potrait? Suke jugak. Tapi tak cantik la. Gambar tak sharp. Sebabnye Gee tak pandai nak shoot manual sangat. Masih belajar.

Pe komen korang tentang pic ni?

Wednesday 20 April 2011

Tips Membeli Kamera Digital

Artikel Oleh: Ijam
Disunting oleh: Hasnuddin Abu Samah

Hari ni adr seorang opismate Gee nak beli kamera. Dye nak angkat compaq camera. Dye tnye pendapat Gee yang mane lebih ok, cantik, murah. Gee memang tak adr idea sgt la time tu. Gee suruh dye beli DSLR je. Tapi dye nak DSLR yang murah. Gee cakap rugi. Nanti mesti nak tukar lagi.

So malam ni Gee nak share skit beberapa tip untuk membeli kamera digital. Gee harap ia dapat membantu opismate Gee dalam memilih kamera digital yang sesuai.


Jangka hayat bateri/sel
Ini adalah faktor utama yang anda mesti dilihat dalam memilih kamera digital. Saya dapati harga kamera dan jangka hayat sel tidak seiring. Banyak kamera yang berharga rendah mempunyai jangka hayat sel yang lama dan sesetengah kamera yang canggih dan ‘high-end’ mempunyai jangka hayat sel yang pendek. Contohnya skrin panel yang besar biasanya akan memggunakan kuasa yang lebih untuk beroperasi. Pertimbangkan samada anda perlukan kamera yang mempunyai jangka hayat sel yang panjang atau pendek.

Megapixel
Megapixel pada kamera digital menentukan berapa halus dan ‘detail’ gambar anda boleh dirakam dalam sesuatu shot. Biasanya jumlah megapixel ialah dari 4 megapixel hingga 16 megapixel. Bagaimana untuk mengetahui berapa banyak megapixel yang anda perlukan? Sebagai panduan, jika anda menggunakan gambar untuk dihantar melalui email atau post ke laman web, anda tidak memerlukan lebih dari 2 megapixel. Tetapi jika anda ingin mencetak gambar anda dalam siaz yang besar, seharusnya anda memerlukan 5 megapixel dan lebih. (Bergantung pada saiz gambar yang anda ingin cetak).

Lensa Zoom
Anda semestinya memerlukan kamera yang mempunyai ‘optical zoom’. Optical zoom menggerakkan lensa kamera untuk merakamkan imej pada jarak jauh atau dekat pada satu titik. Penggunaan digital zoom adalah secara digital membesarkan imej menggunakan mikrocip kamera- menghasilkan kualiti gambar yang rendah. Pengeluar kamera menekankan lebih kepada digital zoom daripada optikal zoom dalam iklan mereka; jadi berhati- hatilah semasa memilih!

Kawalan dedahan cahaya (Exposure Control)
Kebolehan mengawal ‘exposure’ seperti shutter speed (kelajuan shutter) dan bukaan lensa adalah perkara utama yang diperlukan oleh jurugambar yang inginkan kawalan secara manual. Kamera digital yang murah hanya membolehkan anda mengambil gambar pada mode auto- tekan shutter release…dah dapat tangkap gambar! Pengguna yang lebih ‘advanced’ lebih suka melaras kelajuan shutter dan aperture untuk merakam subjek mengikut kehendak mereka. Jika anda betul- betul minat dalam fotografi, pilihlah kamera yang mempunyai kawalan exposure secara manual.

Kawalan Pengguna (User Controls)
Jika anda mencari kamera jenis ‘point-and-shoot’ (p&s), pastikan anda mencari kamera yang mudah digunakan. Kawalan pengguna (user control) biasanya untuk menetapkan resolusi, macro mode atau flash dengan cara yang mudah dikawal. Adalah penting kita mencuba dahulu kamera yang ingin dibeli – cuba dengan butang-butang kawalan pada kamera dan cuba serasikan dengan anda. Dengan cara ini anda akan dapat memilih kamera yang lebih sesuai dan selesa dengan anda.


Artikel ni Gee ambik dari note FotoTeacher.

Terima kasih.

Planning Ke Tasik Kenyir

Setelah sekian lama tak meng'update' blog.

Hujung minggu Gee and geng2 MSETec ke Tasir Kenyir. Sponsor by Nisha Maju. Thank Pok Din.

Cerita di sebalik trip ke Kenyir. Ikutkan plan trip ni dibuat mase bulan 2 lagi (klau tak salah). Then terpakse ditunda atas sebab2 yang munasabah. Antaranya hujan. Sehingga la minggu ketiga bulan 4. Pada awal nye Gee memang semangat la nk ke sane. Dah lama tak camping.
Seingat Gee last camping mase study kat UNISEL. Camping di Gunung Angsi.

Then awal minggu ketiga bulan 4, Gee masih lagi bersemangat. Sehingga salah seorang member ni tak dapat join. Mungkin ada alasan tersendiri. Petang Khamis tu Gee jumpe la dengan Pok Zol aka abg ipar kepada My Future Husband. Tnye isteri dye, Kak Na join tak. Dye cakap tak sebab penuh. Petang tu jugak Gee pujuk HOD. Gee akan join that trip klau isteri Pok Zol join. HOD cakap on.

So petang tu jugak Gee baru nak cari sandle, baru nak call Kak Na. Kak Na memang nak join la trip ni. Cantik. Pe lagi malam tu berkemas la. Pagi esok nye nak gerak kul6.30. 1 kereta dengan Pok Zol.

Melepas jugak keinginan Gee nak bercamping. Nanti Gee share lagi dengan korang aktiviti kat sana ok.



Tuesday 19 April 2011

Lagu di Konsert Minggu Ke-3 AF 9

Pada minggu ke-3 konsert AF-9 ni, pelajar diberikan peluang untuk membawa lagu pilihan mereka sendiri. Ini adalah bersempena dengan Ops Gugur. Ni antara lagu yang akan dinyayikan oleh 10 orang pelajar AF9 pada 23 April 2011.

1. Aida - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
2. Lena - Tiada Tangis Lagi (Ella)
3. Miza - Sodea Jane (Black)
4. Nera - Fly Me To Moon (Michael Buble)
5. Afif - Kasihnya Laila (Jinbara)
6. Amir - Dilema (D'Masiv)
7. Azri - Satu (Dewa)
8. Erul - Awan Nano (Hafiz)
9. Kay - Salome (Chayanne)
10. Raqib - Sebelum Cahaya (Letto)

Selamat menonton:)

Sunday 17 April 2011

Konsert Minggu Ke-2 AF 9

Pengkritik Tetap:
(1) Fauziah Datuk Ahmad Daud
(2) Hattan.

Pengkritik Jemputan
Fauziah Latiff

Pelajar Tersingkir:
Eka


Tentang Eka:


Nama Sebenar:Nuratiqah Shariffudin
Nama Afundi:Eka
Asal:Kuala Lumpur
Umur:22 tahun
Pekerjaan:Pelajar di Kuala Lumpur Metropolitan Universiti (KLMU).

Wednesday 13 April 2011

Mood Tak Elok


Mood hari ni mau makan sup atau tomyam. Nak gi beli sendiri memang tak la. Cuaca tak mengizinkan. Panas. Cari penyakit la nme nye klau Gee tetap klua.


Badan tak sihat. Dah adr rase panas, sakit urat. Asyik batuk dan bersin je ni. Tekak pulak sakit. Aduyai.. Adakah ini tanda2 demam. Oh no.


Kenyir? Of course cancel. Sebab perempuan yang terlibat amat la sedikit. Majoriti lelaki. Yang penting My Love tak tersenarai. So tak nak join lelaki2 itu.

Tuesday 12 April 2011

Lagu di Konsert Minggu Ke-2 AF 9

Malam ni Gee nk update pasal lagu yang pelajar AF9 akan persembahkan pada konsert minggu ke-2 nanti.

1. Miza - Di Pintu Sepi (Search)
2. Kay - Selagi Ada Rindu (Kristal)
3. Nera - Aku Dia dan Kamu (DVA)
4. Amir - Cinta Gila (Dewa)
5. Eka - I'm Sorry Goodbye (Kris Dayanti)
6. Azri - Bila Resah (Anuar Zain)
7. Raqib - Dan Bila Esok (Sofaz)
8. Lena - Kekal (Ziana Zain)
9. Aida - Ilusi (Adira)
10. Afif - One In A Million (NeYo)
11. Erul - Cinta Untuk Nabila (Melissa

Gee tengok AF9 ni pun sebab adr nye pengacara yang kepoh gile, Pak Nil. Konsert pertama hari tu, ayah Gee nak makan nasi cepat2. Dengan alasan nak tengok Pak Nil. Sampai sanggup lupekan perlawanan bola pada malam tu. Klau tak salah Gee Selangor lawan T-Team. Hebatkan penangan Pak Nil ni.

Ok dah la tu melalut. Hopefully untuk konsert yang kedua ni better than 1st concert. Tak sabar nak dengar Afif, Azri (memang suke tgk diorang perform) dan Eka (sebab minat KD) nyanyi. Mesti best kan..

Kite tunggu dan tengok..
Bye Myspace Comments

Monday 11 April 2011

Mini Burger


nMenu malam ni ialah mini burger. Adakah makanan ni sesui utk orang yg ber'diet? Memang sangat tak sesuai. Sebab bahan-bahan nak buat mini burger ni daging burger Ramly, Cheese, tomato, timun, sos cili, mayonis.

Teringin punye pasal, kne lupakan hal ber'diet. Menu ni jugak yang Gee akan makan esok. Simple, but sodap..

So pe macam En. Doloh. Ok x?
Pic x lawo sangat sebab gune compaq camera..

Saturday 9 April 2011

Pelajar AF Pertama Terkeluar

Konsert pertama AF9 dah habis. Tak menarik sangat. Gee suke tengok peserta lelaki Afif aka budak jujur dan Azri. Klau pelajar perempuan pulak, Gee minat kat Nera.


Konsert pertama ni kureng skit. Tak menyengat sangat. Klau Azri tu lain la. Dah bese buat konsert macam tu. Yang lain tu memang hambar la. Sampaikan tak tahu orang tu menyanyi ke ape. Sebab dah tahap menjerit.


Gee bukan nye the best of pengkritik.But telinga yang mendengar ni agak sakit la. Hehehe..Memandai je Gee ni kan.


Btw, Gee share info hujung konsert malam ni. Lepas je undian ditutup, nasib tak menyebelahi Laika atau name sebenarnya Zulaikha binti Zahari. Dalam carta AFUNDI, Laika menduduki tempat yang paling tercorot dengan 4% same dengan Kay, Miza dan Eka.


Laika yang dilahirkan pada 26 Febuari 1989 membawakan lagu Ku Bahagia nyanyian asal oleh Melly Goeslow tidak membawa tuah kepada pelajar ini.


Komen Gee untuk konsert pertama AF9 ni tentang baju yang pelajar pakai semasa konsert. Singkat. Atas dari lutut. Klau penonton jauh dari pelajar tu tak pe la jugak (sebab pelajar tu non muslim). Ni penonton kat bawah pentas. Pelajar buat persembahan kat atas pentas. Boleh nampak sangat pe yang dalam kain pelajar tu. Dah la tu. Tak larat dah nak fikir ayat agak skema, Jom tido. Esok nak masuk keje awal dari bese..

Thursday 7 April 2011

Lontong

Menu breakfast pagi ni, Lontong. Gee memang suke kan lontong ni. Sedap. Ni bukan yang Gee masak la. Gee masak xtahu pe cer. Tak pernah try. Gee kirim kt opismate. Korang layan la gambar ni ye. Lepas Gee buat t Gee bagitau korang resepi.

Wednesday 6 April 2011

Awi Rafael ~ Pulanglah

1st time dengar lagu ni time nak gi keje kt ERA FM. Selagi dengar macam best je. 2x dengar memang best pun. Lagu ni agak catchy. Layan pulak time balik keje. Leh release tension.


Tentang Awi Rafael:


Ibunya yang berasal dari Pontian, Johor dan bapanya dari Jakarta, Indonesia, Awi Rafael mendapat pendidikan persekolahan di Singapura dan merupakan graduan jurusan Undang-undang dan Psikologi.

Anak Melayu ini memulakan kareer muziknya dengan merantau ke Australia untuk mencuba nasib dan menimba pengalaman di sana. Dengan berkat ketekunan dan keikhlasan, usaha Awi Rafael membuahkan hasil apabila suaranya diperdengarkan di TV dan radio di Singapura, Brunei dan Indonesia pada usianya yang baru mencecah 20 tahun ketika itu.

Sebagai seorang yang pernah menganggotai kumpulan ‘Bhumiband’ suatu ketika dulu, penyanyi yang juga merupakan seorang penulis lagu dan lirik ini kini mula menggiatkan diri dalam industri muzik tempatan sebagai artist solo di bawah naungan Warner Music Malaysia Sdn Bhd.

Sumber : Facebook Awi Rafael Music


Awi Rafael_Pulanglah.mp3

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Verse
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Chorus
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung

Ulang Chorus

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Ulang Verse
Ulang Chorus 2X
Ulang Verse

Runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu

Cara Mengatasi Stress



Stress jugok bile pikir masalah kan. Macam2 masalah yang timbul dalam kehidupan seharian ni. Sampaikan Mr. Doloh kate, "awak google cara nak ilangkan stress awak ni. Bahaye klau dah kawen t". Lagipun stress ni mempercepatkan proses penuaan. Oh no..

Untuk kebaikan bersama Gee google la cara nak atasi stress. So ni lah hasilnye.

Korang pun boleh praktikkan teknik2 mengatasi stress di bawah ni:

1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Korang dah habis bace? So pe lagi. Jom kte praktikkan teknik pertama dulu iaitu "TIDUR".


Tuesday 5 April 2011

Stress ke?

Kenape?

  1. Memikirkan keje. Kontrak Gee dgn MSET tinggal beberapa hri lagi. Tak tahu pe status kt MSET lepas ni. Nak kne cari keje sebelum kontrak tamat. Tak tanam anggur.
2. Memikirkan duit. Tahun ni banyak target nak kne achieve before Dec 2011. Projek paling besar "kompang dipalu,pengantin baru". Paham2 la ye.

3. Tekanan keje yang ada. Tekanan ni kat mane2 pun adr. Semua keje nak perfect. So perlu tingkatkan lagi komitmen.


Sunday 3 April 2011

ABPBH 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010 yang berlangsung di Arena of Starts dengan konsep ala teater Broadway dan West End dah habis. ABPBH tahun ini diserikan oleh telatah Raja Azura, Sharifah Shahirah dan Zizan. Antara artis yang membuat persembahan malam ni ialah Azlan the Typewriter, Ning Baizura, Masha, Yuna dan ramai lagi. Persembahan paling best malam ni mestilah Dato' Siti Nurhaliza. Memang super dupe la. Penutup yang best.

Untuk yang tak dapat tengok atau saje2 nk view balik pemenang ABPBH 2010, Gee adr list pemenang-pemenang nye.

Artis Baru Lelaki Popular ~ Shahir
Artis Baru Wanita Popular ~ Ana Rafali
Artis Duo Berkumpulan ~ 6ixth Senth
Artis Komedi Lelaki Popular ~ Zizan
Artis Komedi Wanita Popular ~ Norkhiriah
Pelakon Filem Lelaki Popular ~ Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular ~ Lisa Surihani
Pelakon Tv Lelaki Popular ~ Remy Ishak
Pelakon Tv Wanita Popular ~ Fasha Sanda
Pengacara Tv Lelaki Popular ~ Aznil Hj Nawawi
Pengacara Tv Wanita Popular ~ Farah Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular ~ Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular ~Farah Fauzana
Penyanyi Lelaki Popular ~ Faizal Tahir
Penyanyi Nasyid Popular ~ Rabbani
Penyanyi Wanita Popular ~Yuna
Artis Mobile Popular ~ 6ixth Senth

Bintang Paling Popular ~Shaheizy Sam (126,168 undian)



Interview


Aktiviti hari ni, pi interview kat Esteem Energy Engineering as Account Assistant kat Chukai, Kemaman. Sebelum pi interview ni adr jgk tnye pendapat kawan-kawan kat FB pasal company ni.

Orang yang tahu pasal company ni, tak galakkan Gee ke sane. Company tu standard balik malam. Nama je office hour 8 pagi sampai 5.30 petang. Walau pe pun orang kate, Gee tetap pi interview tu. Nak cari pengalaman interview. Ni second interview. Tak der gugup sangat.

Soalan pun macam standard je. Bukan nak berlagak. Soalan diorang lebih kepada general. Klau tak silap Gee tak der soalan pasal akaun pun. Takut jugak diorang tanye pasal akaun. Tak mahir lagi.

Setengah jam jugak diorang interview. Kul12.45 dah boleh balik. Sempat lagi pi pejabat ni. Dari Esteem tu, Gee direct ke Mset. Hari ni Gee halfday. Bukan cuti.

Dalam perjalanan balik ke MSET tu Gee terpikir, klau dapat keje kat Esteem nak pi ke tak. Banyak keburukan dari kebaikan. Baik Gee duk je kat MSET tu sementara diorang nak. Orang-orang terdekat pun cakap macam tu.

So, I'm still at MSET Engineering as Management Trainee.


Jogging @ Pantai Kemasek

Pagi Jumaat niat nak pi jogging. Tapi terpakse di'cancel'kan sebab partner demam. Pagi Sabtu, partner dah rase okey dan boleh bangun, dye ajak pi jogging. Tempat jogging kitorang Pantai Kemasek. 20 minit dari umah. Jauh kan. Tapi tu la tempat jogging yang paling dekat.

Pagi ni Gee pi dengan kereta dye. Kereta my dad, my dad yang gune. Jogging kali ni memang lawak la. Tertinggal sport shoes. Bese pi dengan kereta my dad. Sport shoes dah adr dalam bonet. Nasib badan la gi jogging kali ni pakai selipar. Kalut punye pasal.

Sampai kat tempat joging, bese nye kitorang akan jalan2 dulu. Lebih kurang 5, 6 round jugak la. Nak panas kan badan dulu. Sambil berjalan, sambil bergosip. Then baru jogging sampai badan agak berpeluh. dah nama jogging untuk keluarkan peluh yang terperap.

Dah habis jogging, kitorang lepak king tepi pantai. Ambik angin sambil ambik gambar. Tapi pagi ni tak best sangat nak lepak tepi pantai. Air tengah pasang, ombak tengah mengganas. Kitorang lepak kat pondok yang ada kat situ. Best.






Pantak Kemasek, Kemaman




Ni adalah gambar-gambar permandangan di sekitar Pantai Kemasek. Cantik kan view kat sini. Sangat sesuai untuk outdoor weeding photography. So sape2 yang berada dekat dengan area ni boleh la shoot kat Pantai Kemasek ye. Yang mane jauh tu boleh jugak nak datang klau rase berbaloi-baloi.

Banyak view cantik kat sini. Tapi mase yang Gee pergi ni ombak tengah kuat. Air pasang kot. So agak limit nak shoot kat gigi air.

Saturday 2 April 2011

Seri Bayu Meninggal Dunia

Tengah duk syok melayan Tirai Akademi Fantasia 9, tibe-tibe Aznil membuat 1 berita yang mengejutkan tentang pemergiaan seorang komposer dan pencipta lirik yang terkenal di Malaysia, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik. Arwah kembali ke rahmatullah pada petang 02 April 2011 ketika usia arwah 47 tahun.


Berita di mStar Online

PETALING JAYA
: Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, (gambar) meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf. Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu Jumaat.

Anak angkatnya Sarina Abd Ghani, 29, yang dihubungi mStar Online memberitahu Allahyarham semakin tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal. "Semalam (Jumaat) keadaan dia semakin teruk menyebabkan kami terpaksa membawanya ke hospital," katanya.

Menurut Sarina, keluarga termasuk ibu bekas isteri serta anak-anaknya tidak dapat dihubungi bagi memaklumkan hal berkenaan. Katanya jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.

Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema. Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.

Al-Fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...