Wednesday, 29 June 2011
Pertunangan Zaini dan Faizah
Zikir Harian
Kelebihan orang yang berzikir :-
- Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya.
- Zikir menyebabkan Allah redha
- Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
- Zikir menggembirakan hati
- Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari
- Zikir memurahkan rezeki
- Zikir adalah sinaran hati dan muka
- Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
- Zkir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
- Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya
- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
- Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
- Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.
- Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
Rizal AF5 Dibelasah
Korang ingat tak Rizal Af5? Yang pernah kena gosip dengan Noni tu..Dah kenal?
Okey. Malam ni Gee nak dengan korang isu Rizal kena belasah. Rizal bersama teman wanitanya diserang 2 orang lelaki di persimpangan Jalan Cecawi, Seksyen 6, Kota Damansara jam 12 tengah malam.
Rizal menyedari keretanya diekori Proton Iswara dinaiki dua lelaki sebaik keluar dari pusat beli-belah Sunway Giza, Kota Damansara, namun tidak mengesyaki apa-apa.
Antara kenyataan Rizal:
“Namun ketika tiba di persimpangan di tempat kejadian, Proton Iswara itu memintas kereta saya menyebabkan saya menekan brek secara mengejut bagi mengelak merempuh kereta itu.
”Hanya mati terlintas di fikiran apabila lelaki berbadan tegap itu mencekik dan mengangkat badan saya sebelum menghempas ke kereta,” kata penyanyi dilahirkan melalui program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Rizal ketika menceritakan pengalamannya diserang dua lelaki, tengah malam kelmarin.
Sumber ~ MyMetro
Wednesday, 15 June 2011
Gardenia Naik Harga

Gee dah lama tak beli roti Gardenia. Tak tahu pulak roti Gardenia dah naik harga. Mana yang memang peminat setia roti ni, mesti korang alert pasal ni kan.
Harga roti Gardenia naik start 06 June 2011. Kenaikan sebanyak 10 sen hingga 20 sen je. Untuk peminat roti ni, sure monthly expense korang akan naik kan. Tapi pe korang nak kisah kan. Dah nama peminat. Sanggup berkorban la.
Dulu Gee suka breakfast roti gardenia yang RM0.50. So klau Gee makan roti ni tiap-tiap hari, Gee akan sumbangkan RM 15.00 (RM0.50 x 30 hari).
Tapi sekarang harga roti ni dah naik kepada RM0.70. Sumbangan Gee kepada Gardenia akan menjadi makin tinggi la. Dari RM15.00 kepada RM21.00. Beza RM6.00.
Gardenia oh Gardenia
Pengesahan / Bukti
PETALING JAYA: Selepas kenaikan harga beberapa barangan keperluan pengguna baru-baru ini, roti dan tepung gandum dijangka turut menerima tanda harga baru ekoran kesan rantaian dari peningkatan kos pengeluaran bahan makanan itu.
Peningkatan harga tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan kesan kos tambahan ekoran kenaikan kos pengeluaran yang semakin meningkat yang menyebabkan syarikat pengeluar roti tidak dapat mengekalkan harga pasaran yang ada pada masa ini.
Demikian menurut Pengurus Pemasaran Syarikat pengeluar produk roti terkenal, Gardenia Bakeries Sdn Bhd, Cik Azlina Harun ketika dihubungi hari ini.
“Kenaikan harga roti memang tidak dapat dielakkan tetapi bergantung kepada masa. Selama ini pun kita menyerap kenaikan harga gandum, gula, susu dan lain-lain semenjak bulan Oktober lagi. Kami pantau kenaikan harga bahan-bahan ini.
“Kalau ikut keadaan semasa, harga gandum kemungkinan akan naik lagi disebabkan krisis pengeluaran gandum peringkat global yang berlaku sekarang dan ini tentu memberi kesan kepada kenaikan harga roti tidak dapat dielakkan.
“Pihak kami juga khuatir jika pasaran gandum mengalami masalah kami tidak dapat memperolehi gred tepung yang bertepatan dengan piawaian produk kami pada masa akan datang. Jika kami memilih tepung gred lebih rendah tentu menjejaskan mutu produk kami nanti,” kata Azlina.
Menurut Azlina lagi, pada masa ini Gardenia Bakeries masih menyerap peningkatan kos pengeluaran syarikat yang bertambah semenjak bulan Oktober tahun lalu gara-gara kesan rantaian kenaikan harga barangan lain yang berkaitan dengan pengeluaran produk syarikat itu.
“Pada masa ini Syarikat kami masih cuba menyerap kenaikan kos pengeluaran kami yang semakin meningkat semenjak Oktober lagi.
Tetapi ia tidak akan terus kekal begitu, kenaikan harga tidak dapat dielakkan,” kata beliau.
Disamping itu dalam isu yang sama tanda-tanda awal mula dikesan apabila tinjauan rambang mendapati bekalan roti di beberapa kedai sekitar Petaling Jaya, didapati bekalan roti berkurangan dengan agak ketara daripada sebelumnya.
Roti kurang di pasaran?
Dalam tempoh tiga hari kebelakangan ini, sehingga jam 6.00 petang, kebanyakan kedai yang menjual roti didapati telah hampir kehabisan stok berbanding lazimnya stok roti masih banyak sehingga pengedar menghantar bekalan baru pada hari berikutnya.
Manakala bekalan roti di beberapa kedai lain termasuk kedai serbaneka 24 jam terkemuka pula didapati telah mula kehabisan stok seawal jam 9.00 malam lagi, sesuatu yang jarang berlaku.
Menurut seorang pekedai di sini, pada masa ini pembekal roti mula mengurangkan jumlah roti yang dibekalkan di kedainya tetapi ianya tidak melibatkan roti gred premium yang berharga lebih tinggi dari gred biasa.
Bagaimanapun, mengulas mengenai perkara ini, Azlina berkata syarikat Gardenia Bakeries tidak mengurangkan pengeluaran roti syarikat itu malahan telah meningkatkan lagi pengeluaran syarikat itu.
“Syarikat kami tidak mengurangkan pengeluaran, sebaliknya pada masa ini ada sedikit pertambahan pengeluaran yang kami buat,” katanya lagi.
Sementara itu, syarikat pengeluar tepung tempatan, Bidara Flour Sdn Bhd ketika dihubungi turut tidak menafikan akan berlaku kenaikan harga tepung gandum pada masa akan datang.
Menurut kakitangan Jabatan Pemasaran syarikat itu, Puan Suzie, antara penyumbang keadaan tersebut kerana berlakunya krisis pengeluaran gandum peringkat global pada masa ini.
“Sekarang ini ada krisis global keluaran gandum, jadi harga tepung gandum memang akan naik, cuma belum tahu bila dan adakah ia hanya kepada agen atau melibatkan harga pengguna,” jelas beliau.
Menurutnya, tepung gandum keluaran Bidara Flour merupakan antara syarikat pengeluar gandum paling murah yang berada di pasaran walaupun tidak mendapat subsidi dari kerajaan.
Lonely

Yang mana malas nak pikir tu, meh Gee bagitau. Sekarang Gee rasa agak sunyi. Sebabnya Mr. D keluar dari negeri Terengganu untuk beberapa hari. Beliau ke Langkawi. Ikut trip family day office dye. Klau sebelum ni, sebelum tidur beliau akan kol. Tapi untuk beberapa hari ni, tak der la nak dengar suara beliau sebelum tidur.
Malam tanpa suara Mr. D
Monday, 13 June 2011
We Love Photography
Saturday, 11 June 2011
Terengganu vs Klate

Dari yang tak minat sangat dengan bola, terus jadi berkobar-kobar nak tengok Piala FA.
Sebelum ni Terengganu pernah jadi Juara Piala FA pada tahun 2000.
Marzuki Yusuf, kapten Pasukan Terengganu menjadi pemain pilihan malam ni. Siapa Marzuki?
Komen dari pengulas, Kelantan perlu terima kekalahan akibat suka melengahkan masa. Antara taktik melenggahkan masa, sepak bola ke luar padang dan sakit.
Senarai Pemain Terengganu

Penjaga Gol
1. Mohamad Sharbinee Allawee Ramli 25
2. Mohamad Shamirza Yusof
3. Mohd Shahril Saa'ri (dari T-Team)
Pertahanan
1. Mohd Marzuki Yusof (C) 17
2. Ronny Harun 11
3. Nik Zul Aziz Nawawi (dari Pahang FA)
4. Mohamad Muhaimin Omar 3
5. Mazlizam Mohamad (dari Perlis FA)
6. Helmi Rameli 21
7. Hasmizan Kamaruddin (dari Pahang FA)
8. Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan 4
9. Md.Zubir Md Azmi
Tengah
1. Ismail Faruqi (dari T-Team)
2. Ahmad Nordin Alias 18
3. Reeshafiq Alwi (dari KL Plus)
4. Joseph Kalang Tie 12
5. Muhamad Ashari Shamsuddin 22
6. Zharif Hasna 23
7. Safuan Adli Shaari (dari Perak FA)
Penyerang
1. Abdul Manaf Mamat 10
2. Abd Hadi Yahya (dari T-Team)
3. Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi 9
4. Mohd Ailim Kamaruddin (dari Kelantan)
Kedudukan terkini Kelantan 1 VS Terengganu 2
Separuh Masa Pertama
Minit ke 9: Kad kuning pertama dari pemain kelantan , Farisyam.
Minit ke 32: Chanturu diusung keluar padang. Kecederaan yang agak serius, 2 kad kuning sudah dikeluarkan untuk Kelantan dan Terengganu.
Separuh masa Kedua.
Minit ke 47 ~ Kad kuning ketiga, dari pemain terengganu. Sepakan percuma dari kelantan. Sepakan dari zairul fikri. Tapi sayang sekali tandukan yang terlepas ke atas palang gol.
Minit ke 50-52 ~ Ada orang baling mercun. Katanya dari penyokong Kelantan.
Minit ke 79 ~ Gol pertama dari Kelantan. Jaringan oleh mohd Nurul Azwan Roya.
Minit ke 96 ~ Sepakan percuma buat kelantan.
Minit ke 97 ~ Gol semangat dari Terengganu dimasa tambahan. Tetapi jaringan oleh gol sendiri oleh Daudsu.
Separuh masa tambahan kedua
Minit ke 105 ~ Kad kuning buat pemain no 17. Kelantan.
Minit ke 108 ~ Sepakan sudut buat Terengganu oleh Shaari. Gol kemenangan untuk Terengganu yang dijaringkan oleh pemain no18, Alias. (Ahmad Nordin Alias). Kedudukan terkini terengganu 2- Kelantan 1.
Minit ke 120 ~ Tamat perlawanan
Friday, 10 June 2011
Lirik Lagu Legasi Cleopatra - Erul AF9
difanka jelita
rupanya ruang ruang gelita
mengapa?
dengan dibangga
dan babak babak drama tipu daya
tersurat dengan sendirinya
telah disedari
cukup sulit permainan ini
kau nyalakan sendiri
kini kau hadir
hadir untuk kembali
rasakan senyuman terakhir
(chorus)
pemusnah dinasti imaginari
coba coba coba difikir sendiri
pemusnah impian asalkan bisa bahagia
legasi cleopatra
kau mengundang padah
kerana jari jari yang sudah berpunya
disangkakan cinta
sebenar benarnya cuma boneka
kan biar sehingga ia saja
telah disedari
cukup sulit permainan ini
kau nyalakan sendiri
kini kau hadir
hadir untuk kembali
rasakan senyuman terakhir
(chorus)
pemusnah dinasti imaginari
coba coba coba difikir sendiri
pemusnah impian asalkan bisa bahagia
legasi dirinya
dahulu bersamamu
mimpi ngeriku
rasa rasa ku pun begitu
dahulu bersamamu
rasa dosaku
pura pura penuh palsu
(pemusnah dinasti imaginari)
(chorus)
pemusnah dinasti imaginari
coba coba coba difikir sendiri
pemusnah impian asalkan bisa bahagia
legasi cleopatra
(chorus)
pemusnah dinasti imaginari
coba coba coba difikir sendiri
pemusnah impian asalkan bisa bahagia
legasi cleopatra
Lirik Azri AF9 - Niskala
Sesekali ku masih terasa
Bersemuka bayangannya
Perlukah diriku, perlukan dirimu
Walau cuma seketika
Kita pernah ditakdir bersama
Bagai tanpa penghujungnya
Apakah masih terasa
Saatku lukakan jiwa
[Korus]
Pedih yang melanda menikam di jiwa
Sehingga diriku tanpa hala tuju
Tersentap di dada, tiada terdaya
Jika diri ini, hanyalah niskala bagimu
Indah sekilas pandangan mata
Hanya dijadikan sisa
Apakah masih terasa
Saat ku lukakan jiwa
[Ulang korus]
Tak sanggup diriku,
Menahan sesalku
Hanya masih ada, ruang untuk bersatu
Lenyapkan bagi kegelapan
Andai semuanya, tersedar tuk selama-lamanya
[Ulang korus]
Oooo.. Bagimu
LENA AF9- SISA KISAH KITA
Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tak pernah ada persefahaman
Walau dalam cinta
Tiada guna penyesalan
Jangan berdusta
Usah menafikannya
Ini kesudahannya
Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya
Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tiada pernah ku sangka
Akhirnya begini
Usah kau coba merayu berkata dusta
Jangan pura cinta padaku
Meminta ku kembali
Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya
Oh tuhan, berikanlah ku
Kekuatan
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya
Thursday, 9 June 2011
Keropok Lekor Tok Beng
Minggu lalu Gee berkesempatan ke Kedai keropok ni. Itu pun sebab opis mate yang kirim. Klau tak, tak der maknanya Gee nak ke sini. Trip hari tu ke MSET Ship sebenarnya. Memandangkan kami sampai time lunch hour, kami pun pergi la ngulor (ponteng). Cari Kedai keropok ni.
Kedai keropok ni terletak di Kampung Tok Beng, Batu Rakit. Klau dari Kuala Terengganu, kami perlu melalui Jambatan Sultan Mahmud. Turun je Jambatan tu, traffic light yang pertama, kami masuk kanan. Straight je sampai kat 1 selekoh, sebelah kiri, kami nampak orang agak ramai di tepi2 jalan. Itu la rupenye Kedai Keropok Tok Beng.

Sunday, 5 June 2011
Tips Penjagaan Rambut
Sampai kan Gee google tips penjagaan rambut. Try jugak aplikasi tips yang dicari. Alhamdulillah. Rambut Gee dah kurang gugur. Dah tak macam dulu lagi
So hari ni Gee nak share dengan korang beberapa tips yang Gee buat.
1. Sebaik-baiknya semasa menyikat rambut, gunakan sikat bergigi jarang untuk mengelakkan keguguran rambut yang banyak. Memang tak suka pakai sikat banyak gigi. Susah nak sikat
2. Selain syampu, gunakan perapi (conditioner) supaya rambut mudah diurus dan senang disikat. Tapi jangan sapu perapi pada kulit kepala pulak kerana ia akan menyebabkannya berminyak. Buat masa dan ketika ini, Gee gunakan Syampu dan perapi Dove. Sesuai untuk rambut Gee. Rambut korang Gee tak tahu la.
3. Gunakan pelembap di dalam syampu atau pelembap semulajadi seperti pati santan. Selain itu amalkan meminum air masak secukupnya dan memakan buah-buahan yang banyak. Yang penting, minum air masak secukupnya. Air masak banyak menolong untuk mengatasi masalah kesihatan.
4. Jangan menyikat rambut ketika basah. Sebaik-baiknya tunggu lebih kurang 10-15 minit selepas mandi. Memadailah dengan hanya menyisir rambut dengan lembut dulu menggunakan jari-jemari. Bila sikat time basah, baju yang kita pakai time tu akan turut basah. Mula lah rasa tak selesa.
6. Gunakan syampu yang kaya dengan kolagen, protein dan lipid jika rambut anda kering.
7. Elakkan daripada mewarna, ‘rebonding’ atau ‘perm’ rambut anda kerana ia boleh menyebabkan rambut asli anda rosak jika tak dilakukan secara profesional. Rambut Gee bukan warna hitam betul. So rasa nye tak perlu la nak mewarna lagi kan.
8. Menukar style rambut dengan kerap juga boleh menyebabkan rambut kering dan cepat rosak. Macamane nak tukar, style rambut bukannye Gee tahu sangat. Setakat cakap kat untie nk potong layer. Tak nak pendek.Tuju yang tahu.
9. Mendedahkan rambut pada sinaran matahari, air kolam renang dan air laut dengan kerap boleh meningkatkan risiko rambut rosak. Gee memang jarang keluar umah. Melainkan gi tempat keje. Swimming pool jauh sekali.
Last tips, gee mengamalkan pengambilan serum. Gee beli serum ni kat Cosway time ada offer. Nama serum ni, Hairtec Iintensive Serum - Anti-Frizz Formula. Harga time offer RM18.00. Klau tak offer, RM29.00.
See an immediate transformation of dry, damaged and frizzy hair to incredibly soft, smooth, glossy hair! This instant smoothing serum
wraps hair's surface with weightless conditioning to smoothen cuticles as it strengthens hair from within to prevent breakage and split ends. Infused with protective UV filters, it continues to shield hair from environmental stresses so it stays tuned in to a healthy, shiny and supple finish.
Thursday, 2 June 2011
Lucky Bamboo
Otw balik nampak adr orang jual pokok ni kat pasar malam. So pe lagi Gee beli la. Harga RM15. Akak ni adr nursery kat Taman Uda Paka.
Gee plan nak letak atas meja kat pejabat. Nak ambik mood keje. Menyegarkan mata. Tak de la nak tengok kertas, komputer je. Bagi cukup oksigen. Ke guane.
Wednesday, 1 June 2011
Hukum Membela Haiwan
Sejak keje ni, dah pandai nak cari binatang peliharaan nak letak kt meja keje katakan. Konon nak cari feel. Tapi Gee rasa, klau dah ada binatang ni, memang tak buat keje. Iya la asyik pandang kat binatang tu je. 1 keje tak jalan.
Sebelum Gee teruskan niat untuk membela binatang, Gee nak tau gak hukum membela binatang ni. Sebab ada yang cakap tak boleh. Like menyeksa binatang tu. Binatang tu tak bebas.
So pe lagi. Kena google ni.
Ni jawapan yang Ustaz Nor Amin,
Moh la kita share. Sharing is Caring. That right?
Tujuan saya menulis artikel ini adalah tidak lain dan tidak bukan bahawa datangnya ilham ini, adalah dari persoalan pengunjung mengenai hukum memelihara binatang di dalam sangkar. Terlebih dahulu saya datangkan pandangan Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari berkata:
“Hadith ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi saw tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”
Berdasarkan hadis di atas ini bahawa memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus kerana memelihara binatang ini adalah sebagai perhiasa di rumah atau hobi seseorang. Islam adalah agama yang sukakan kecantikan, Allah juga sukakan perkara yang cantik. Allah jadikan binatang dan tumbuh-tumbuhan adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadi rezeki kepada manusia, dijadikan perhiasan dan sebagainya. Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad), “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”(Al-Araf : 32)
“Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan”(Al-Nahl : 8)
Jelas di sini, bahawa Allah menjadikan sebahagian binatang untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadikan sebagai tunggangan, sumber rezeki dan perhiasa kepada manusia. Tidak menjadi masalah kepada manusia mengambil binatang untuk dipelihara sebagai perhiasan dan hobi. Tetapi perlu diingatkan, jangan menzalimi binatang peliharaan dengan tidak memberi makan, menyiksa dan sebagainya. Menjadi dosa bagi manusia yang memelihara untuk melakukan kezaliman kepada binatang peliharaannya. Hal ini dapat dirujuk kepada pandangan Syaikh bin Baaz sebagai berikut:
“Tidak masalah dengan hal itu bila pemiliknya menyediakan keperluan burung-burungnya, seperti makanan dan air. Karena, berdasarkan hukum asal, diperbolehkan. Sementara itu tidak ada dalil yang menunjukkan penentangan terhadap kaidah ini, berdasarkan atas apa yang kami ketahui. Wallahu’alam.” (Fatawa Islamiyah 4/449).
Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, bahawa memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus dan dibolehkan dan tidak ada nas yang melarang perbuatan ini. Tetapi menjadi dosa bagi sesiapa yang memelihara binatang untuk dizalimi, seperti tidak member makan dan minum, mencederakan dan sebagainya.
Fakta Hari Susu Sedunia

Hari Susu Sedunia? Actually first Gee baru dengar Hari Susu. Hari Guru, Hari jururawat tu tau la. So semua orang kena minum susu la hari ni kan. No teh tarik, milo ais, fresh oren ye.
So sempena Hari Susu Sedunia ni, Gee nak share fakta mengenai Hari Susu Sedunia ni. Moh la kte study:)
1 – Tarikh 1 Jun setiap tahun telah dipilih sebagai tarikh Hari Susu Sedunia memandangkan kebanyakkan negara telah menyambut Hari Susu peringkat kebangsaan sekitar tarikh ini.
2 – Susu adalah antara makanan/minuman yang disebut khasiatnya di dalam hadis dan quran. Dalil berkenaan susu daripada haiwan ternakan, “Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.” (An Nahl: 66)
3 – Tembikar-tembikar lama yang ditemui di England (dipercayai wujud sejak 4500 BC) dikesan mengandungi unsur-unsur sampingan susu, dan ini mengesyorkan bahawa susu telah digunakan dalam bentuk yang lain, diproses untuk tujuan lain, dan bukan sahaja diminum secara terus.
5 – Istilah “milkman” merujuk kepada lelaki yang menghantar susu segar yang diisi di dalam botol kaca (kitar semula setiap kali guna) secara karton, selain beberapa sumber tenusu yang lain seperti telur, krim, keju, mentega, dan yogurt.
6 – Susu segar adalah pertama kali diedarkan dalam botol (kaca) di Amerika Syarikat pada tanggal 11 Januari, 1878. Tarikh tersebut telah dikenang sebagai “Hari Susu” dan disambut setiap tahun di sana.
7 – Bagi pengumpul barangan antik, botol susu (kaca) sememangnya membawa nilai nostalgia yang tinggi.
8 – Botol susu (kaca) yang paling berharga adalah yang terukir nama syarikat pembekalnya pada permukaan botol tersebut. Ia digunakan sebagai tanda pengenalan supaya pengedar susu (milkman) boleh menemui kembali botol kepunyaan mereka untuk digunakan semula. Konsepnya sama seperti tong gas yang ada masa kini, pembekal gas Petronas pasti akan menerima kembali tong gas petronas yang kosong untuk ditukar (trade-in) dengan tong gas Petronas yang penuh. Adakah anda memiliki salah satu botol kaca ini? Simpanlah, kerana nilai botol susu tersebut pasti mencecah ribuan mahupun jutaan ringgit sebotol.
10 – Pempasteuran merupakan proses yang digunakan untuk membunuh mikroorganisma berbahaya dengan memanaskan susu untuk masa yang singkat dan kemudian pendinginan segera untuk tujuan penyimpanan dan pengangkutan.
11 – Teknik yang lebih terkini, iaitu ultrapasteurization atau ultra-high temperature treatment (UHT) telah diperkenalkan selepas itu. Ia melibatkan pemanasan susu dengan suhu yang tinggi untuk masa yang lebih pendek. Susu yang melalui proses UHT tidak perlu disejukkan di dalam peti sejuk sebelum dibuka (selalunya terletak di rak biasa sahaja di kedai-kedai mahupun supermarket) dan tahan lebih lama dari susu bungkusan biasa (melalui pempasteuran).
12 – Susu lembu mempunyai nilai pH sekitar 6.4 hingga 6.8, menjadikan ia antara makanan/minuman yang paling berasid.
13 – Susu ibu (manusia) mengandungi 1.1% protein dan 4.2% lemak, yang membekalkan 72kcal tenaga untuk setiap 100ml.
14 – Secawan susu mengandungi lebih banyak kalsium berbanding 16 cawan bayam. Selain itu, susu juga mengandungi Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
15 – Dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anda.
16 – Untuk mendapatkan 1 gallon susu, 350 perahan adalah diperlukan dari tetek lembu.
17 – Susu keldai dan susu kuda mengandungi kadar lemak yang paling RENDAH, manakala susu anjing laut dan ikan paus pula mengandungi kadar lemak palin TINGGI, dengan lebih 50% kandungannya adalah lemak.
18 – Susu merupakan sumber semulajadi utama untuk produk supplemen berasaskan protein, terutama yang digunakan secara meluas dalam arena bina badan. Protein yang diekstrak dari susu adalah daripada komponen ‘whey‘ (penyerapan cepat, tinggi BV) dan ‘casein‘ (penyerapan lambat, rendah BV).
19 – F&N Magnolia merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan Susu Skim cecair secara komersil di Malaysia. Sebelum kewujudannya, Susu Skim hanya boleh didapati di Malaysia dalam bentuk serbuk/tepung (menerusi jenama Sunlac, Nesvita, dan Tesco Choice).
20 – Bersempena dengan Hari Susu Sedunia, Dutch Lady bakal memperkenalkan susu berperisa jagung, yang bakal menjadi ahli terbaru dalam kategori susu berperisa di Malaysia. Ini bukanlah sesuatu yang baru memandangkan susu berperisa jagung sudah wujud di Malaysia (jenama tempatan ‘Susu segar’) sejak awal 90 an lagi.
22 – Susu Sejat, selain merupakan sejenis susu yang digunakan dalam masakan, ia juga meruju kepada blog kontemporari yang berbicara perihal makanan, diet, kesihatan, kecergasan dan gaya hidup rakyat Malaysia, Singapura, dan Brunei, amnya.
Itulah dia 22 fakta yang SS! rasa tak semua tahu berkenaan susu. Entri berikut merupakan antara entri-entri lain berkenaan susu yang boleh anda baca bersempena dengan sambutan Hari Susu Sedunia ini. Selamat Menyambut Hari Susu!