Wednesday, 1 June 2011

Hukum Membela Haiwan


Sejak keje ni, dah pandai nak cari binatang peliharaan nak letak kt meja keje katakan. Konon nak cari feel. Tapi Gee rasa, klau dah ada binatang ni, memang tak buat keje. Iya la asyik pandang kat binatang tu je. 1 keje tak jalan.

Klau tak leh letak kat meja pejabat, dapat letak kat rumah pun ok kan. Mak pulak tak suka. Macam-macam halangan kan.

Sebelum Gee teruskan niat untuk membela binatang, Gee nak tau gak hukum membela binatang ni. Sebab ada yang cakap tak boleh. Like menyeksa binatang tu. Binatang tu tak bebas.

So pe lagi. Kena google ni.

Ni jawapan yang Ustaz Nor Amin,

Moh la kita share. Sharing is Caring. That right?


Tujuan saya menulis artikel ini adalah tidak lain dan tidak bukan bahawa datangnya ilham ini, adalah dari persoalan pengunjung mengenai hukum memelihara binatang di dalam sangkar. Terlebih dahulu saya datangkan pandangan Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari berkata:

“Hadith ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi saw tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”

Berdasarkan hadis di atas ini bahawa memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus kerana memelihara binatang ini adalah sebagai perhiasa di rumah atau hobi seseorang. Islam adalah agama yang sukakan kecantikan, Allah juga sukakan perkara yang cantik. Allah jadikan binatang dan tumbuh-tumbuhan adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadi rezeki kepada manusia, dijadikan perhiasan dan sebagainya. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”(Al-Araf : 32)

“Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan”(Al-Nahl : 8)

Jelas di sini, bahawa Allah menjadikan sebahagian binatang untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadikan sebagai tunggangan, sumber rezeki dan perhiasa kepada manusia. Tidak menjadi masalah kepada manusia mengambil binatang untuk dipelihara sebagai perhiasan dan hobi. Tetapi perlu diingatkan, jangan menzalimi binatang peliharaan dengan tidak memberi makan, menyiksa dan sebagainya. Menjadi dosa bagi manusia yang memelihara untuk melakukan kezaliman kepada binatang peliharaannya. Hal ini dapat dirujuk kepada pandangan Syaikh bin Baaz sebagai berikut:

“Tidak masalah dengan hal itu bila pemiliknya menyediakan keperluan burung-burungnya, seperti makanan dan air. Karena, berdasarkan hukum asal, diperbolehkan. Sementara itu tidak ada dalil yang menunjukkan penentangan terhadap kaidah ini, berdasarkan atas apa yang kami ketahui. Wallahu’alam.” (Fatawa Islamiyah 4/449).

Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, bahawa memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus dan dibolehkan dan tidak ada nas yang melarang perbuatan ini. Tetapi menjadi dosa bagi sesiapa yang memelihara binatang untuk dizalimi, seperti tidak member makan dan minum, mencederakan dan sebagainya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...