Saturday 9 April 2011

Pelajar AF Pertama Terkeluar

Konsert pertama AF9 dah habis. Tak menarik sangat. Gee suke tengok peserta lelaki Afif aka budak jujur dan Azri. Klau pelajar perempuan pulak, Gee minat kat Nera.


Konsert pertama ni kureng skit. Tak menyengat sangat. Klau Azri tu lain la. Dah bese buat konsert macam tu. Yang lain tu memang hambar la. Sampaikan tak tahu orang tu menyanyi ke ape. Sebab dah tahap menjerit.


Gee bukan nye the best of pengkritik.But telinga yang mendengar ni agak sakit la. Hehehe..Memandai je Gee ni kan.


Btw, Gee share info hujung konsert malam ni. Lepas je undian ditutup, nasib tak menyebelahi Laika atau name sebenarnya Zulaikha binti Zahari. Dalam carta AFUNDI, Laika menduduki tempat yang paling tercorot dengan 4% same dengan Kay, Miza dan Eka.


Laika yang dilahirkan pada 26 Febuari 1989 membawakan lagu Ku Bahagia nyanyian asal oleh Melly Goeslow tidak membawa tuah kepada pelajar ini.


Komen Gee untuk konsert pertama AF9 ni tentang baju yang pelajar pakai semasa konsert. Singkat. Atas dari lutut. Klau penonton jauh dari pelajar tu tak pe la jugak (sebab pelajar tu non muslim). Ni penonton kat bawah pentas. Pelajar buat persembahan kat atas pentas. Boleh nampak sangat pe yang dalam kain pelajar tu. Dah la tu. Tak larat dah nak fikir ayat agak skema, Jom tido. Esok nak masuk keje awal dari bese..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...